Tips pakar mengenai cara mengetip kuku yang betul!

Recommended Brokers


chulax12

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,401
Reaction score
635
Points
151
Bagaimanakah cara anda menerangkan perlakuan memotong kuku anda? ‘Ketip’ atau ‘sepit’ kuku. Mana-manapun perkataan yang digunakan, ini adalah kebiasaan yang kita semua buat sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi kuku tangan dan mungkin lebih lama sedikit untuk kuku kaki.soalannya disini ialah adakah cara anda memotong kuku itu betul?

tips pakar mengenai cara mengetip kuku yang betul!



Berikut adalah tip memotong kuku dengan betul daripada pakar dermatologi menurut Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (American Academy of Dermatology, AAD):

tips pakar mengenai cara mengetip kuku yang betul!


  1. Lembutkan kuku – masa yang terbaik untuk memotong kuku adalah ketika selepas mandi. Pada masa ini kuku anda berada pada keadaan yang lembut, memudahkan aktiviti meotong untuk berlaku. Pilihan lain adalah untuk merendam kuku anda di dalam air suam untuk beberapa minit sebelum memotongmya.
  2. Sediakan senjata yang betul – pastikan anda menggunakan alatan yang betul. Pemotong kuku yang bersesuaian saiznya, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Pakar menyarankan supaya membersihkan alatan memotong kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan menggunakan cecair nyah-kuman.
  3. Potong secara lurus atau menegak – cara pemotongan kuku yang betul adalah secara menegak. Elakkan pemotongan secara melengkung dan terlalu dalam ke tepi. Kurangkan ketajaman tepi kuku menggunakan pengasah kuku.
  4. Jangan potong ‘cuticles – cuticles adalah bahagia kulit yang bersentuhan dengan kuku. Ia bertindak sebagai pelindung kepada kuku terutamanya bahagian yang baru tumbuh daripada kuman dan bakteria.
  5. Moisturize’ kuku anda - selapas potong, terutamanya jika anda rasa kuku anda kering, lembabkan bahagian kuku tangan atau kaki anda dengan menggunakan krim atau losyen pelembab yang sesuai.
tips pakar mengenai cara mengetip kuku yang betul!


Kuku adalah antara penunjuk kesihatan kita. Kuku yang tidak sihat mungkin menjadi penunjuk aras kesihatan diri yang kurang elok atau bermasalah. Teliti segala perubahan dari segi warna, tekstur, atau bentuk kulit anda. Sila rujuk ke pakar dermatologi sekiranya anda was-was dengan kesihatan kuku anda.

Sumber: American Academy of Dermatology, WikiHow
 
Sponsored Post

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,040
Reaction score
46
Points
135
huh, biase kerat mase kering, sebab syok dengar bunyi tu
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,347
Reaction score
875
Points
161
very nice info... tq tt

selama ni silap la cara aku potong kuku... ikut belah kiri.. melengkung... lg satu aku suke gigit cuticles... hehehe
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,077
Reaction score
404
Points
56
Ikut sunnah Nabi, kena ikut route yang betul dan pada hari yang betul.
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,040
Reaction score
46
Points
135
Ikut sunnah Nabi, kena ikut route yang betul dan pada hari yang betul.
dah panjang, potong, xde hari2 sunnah eh

@xdok lagi nabi larang hari sekian potong kuku, hari sekian dok leh potong kuku, ini mengarut belaka ~ UAI
ade 3 ketika jadi makruh dan haram, tapi bukan sebab hari
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
817
Reaction score
63
Points
30
dah panjang, potong, xde hari2 sunnah eh

@xdok lagi nabi larang hari sekian potong kuku, hari sekian dok leh potong kuku, ini mengarut belaka ~ UAI
ade 3 ketika jadi makruh dan haram, tapi bukan sebab hari
Itu sunnah yg Nabi buat..nak potong hari apa pun tak kisahlah..
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,875
Reaction score
574
Points
161
Saya cuma potong pada hari Jumaat sahaja.
 

John Nawi

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
4,960
Reaction score
124
Points
43
aku selalu potong yg incorrect tu sbb yg dia tulis correct tu masih bole ada daki/kotoran
 
Sponsored Post
Top
Log in Register