BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Org BErcinta & Lupakan si Dia Page 2

L.O.V.E

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,931
Joined
Jul 9, 2007
Messages
28,931
Reaction score
6
Points
120
Jika kamu...

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganl ah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah


renung-renungkanlah..

meh ahh share tips2 korang
 
Last edited:
LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA


1) Panggilan suami isteri.
Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.


2) Bantu-membantu.
Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)


3) Saling berkomunikasi dan berhubung.
Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.


4) Hadiah.
Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.


5) Membuat kejutan.
Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.


6) Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai.
Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.


7) Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya.
Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.


Ucapan tanda penghargaan.
Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.


9) Menghargai pemberian pasangan.
Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
 
ade sesape leh ajar saya cane nak mancing ikan x?
 
ade sesape leh ajar saya cane nak mancing ikan x?

Jom aku bawak ko gi Langkawi
Mancing sana best
Ikan byk jugak, besar2 plak
semuanya ganas2
hehehehehe

P/S :Jgn salah faham, ni ikan btul bukan cubaan:eek: :eek:

Aku nyer hobi mancing maaaa
 
BEZA CINTA SEJATI DAN TERGILA-GILA

CINTA SEJATI

*Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
*Ia berdasarkan kepada kefahaman – anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
*Anda lebih menumpukan kepada kesejahtraan orang lain daripada diri sendiri.
*Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
*Sepanjang hayat.


TERGILA-GILA

*Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.
*Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja – diri anda.
*Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
*Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
*Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
*Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.
 
Tips mengikut bintang

**** Leo (24 Julai - 23 Ogos) ****

Orang nya : Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).


Tips utk memikat : Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya.Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING : Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.



*************Virgo (24 Ogos - 23 September) *************

Orang nya : Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat : Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn banyak cakap.. (cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, *sensor*a yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo kuat merajuk)

WARNING : Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal.. (chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.



*************Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober) *************

Orang nya : Cerewet, posessive, takes thingslightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal

Tips utk memikat : Senang aje..Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urself.

WARNING : So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem



*************Scorpio ( 24 Oktober - 23 November) *************

Orang nya : Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat : Sentiasa menghargai nya..nak ber*sensor*ut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain.

WARNING : Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata tak kasi warning)



*************Sagitarius ( 23 November - 21 December) *************

Orang nya : Fu..yoh..siapa dpt memang untung...Sagitarius org nya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama2..la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous dan sungguh romantik.

Tips utk memikat : Sentiasa ada kan plan bila nak keluar..tengok wayang ke? senam ker? anything asal kan jgn membosan kan...suka dibelai.

WARNING : Jgn "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.



*************Capricon ( 22 December - 20 Januari) *************

Orang Nya : Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda

Tips utk memikat : COOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal..

WARNING : Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti.



*************Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari) *************

Orang Nya : Pijak semut tak mati..

Tips utk memikat : Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.

WARNING : Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu.



*************Pisces (20 Februari - 20 Mac) *************

Orang Nya : Segak, ber*sensor*a, ngada-ngada, choosy..

Tips utk memikat : Kasi jer belacan...

WARNING : Diorang tak suka orang yang macam belacan!



*************Aries (21 Mac - 20 April) *************

Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent.

Tips utk memikat : Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib..sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya.

WARNING : Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.



*************Taurus (21 April - 21 Mei) *************

Orang nya : Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...

Tips utk memikat : Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..

WARNING : Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan.



*************Gemini (22 Mei - 21 Jun) *************

Orang nya : Gemuk! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debat, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya.

Tip utk memikat : Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambatlaun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING : Jangan bersikap terlalu kasar dgnnya..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.



*************Cancer ( 22 Jun - 23 Julai) *************

Orangnya : Segak, Kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebaliknya.. ( berhati-hati ya )

Tips utk memikat : Jangan pulak anda pun nak step kaya...nanti habis duit dikebas...

WARNING : TOLONG Jangan terpedaya dgn kata manis nyer.. First first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register