BTC USD 57,033.7 Gold USD 1,787.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Kurang Kadar Kolesterol Dalam Tubuh

vedder9

Legendary Member
Messages
15,350
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
UNTUK mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan seharian individu. Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak bermanfaat.

Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.

Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung

Mangga

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.


p/s :- Ermm..xde plak disebut makan oat boleh bantu singkirkan kolesterol dalam badan.>
?? :-?
 
Sponsored Post

aunpower

Active+ Member
Messages
4,061
Joined
Dec 28, 2005
Messages
4,061
Reaction score
32
Points
30
oat memang boleh.... tapi makan sampai tokey dah cukup kaye baru ade kesan.... hahaha
 

vedder9

Legendary Member
Messages
15,350
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Khir Toyo suka makan tempe...sure badan dia xda kolestrol :))
 

vedder9

Legendary Member
Messages
15,350
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Bagaimanakah dapat sembuh kanser ? Wajib makan apa yang bagus ???

--------------------
http://tinyurl.com/ykp3xop

Biji aprikot katanya..

"Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit"
 

kalindahau

Fun Poster
Messages
223
Joined
Oct 8, 2008
Messages
223
Reaction score
4
Points
15
Aku dulu minum 4 sudu besar Extra Virgin Olive Oil setiap hari. Dalam sebulan tahap kolestrol ku turun ke tahap sihat! Sebelum itu tahap kolestrol ku ada di tahap berisiko tinggi!
 

vedder9

Legendary Member
Messages
15,350
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Aku dulu minum 4 sudu besar Extra Virgin Olive Oil setiap hari. Dalam sebulan tahap kolestrol ku turun ke tahap sihat! Sebelum itu tahap kolestrol ku ada di tahap berisiko tinggi!

Ye ke bro..?
Boleh try ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register