Tips jaga kesihatan semasa cuaca panas & jerebu

Recommended Brokers


Latest Threads

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,301
Reaction score
950
Points
166


Pada ketika ini negara kita sedang dilanda cuaca panas dan kering yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

Berdasarkan pemantauan status gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Tenaga, Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), pada 21 Mac 2019 terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga).


Manakala pada tarikh yang sama, tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (Gelombang Haba). Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini status gelombang haba di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (http://www.met.gov.my/data/Suhu_Maksima_PM.jpg).

Jabatan Alam Sekitar (JAS), MESTECC turut melaporkan berlaku kemerosotan kualiti udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan pada 20 Mac 2019 berpunca daripada beberapa kejadian kebakaran hutan dan belukar.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html).

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat dan cuaca panas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan sebagaimana berikut:

a. Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas;

b. Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi;

c. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman;

d. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;

e. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan;

f. Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan;

g. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan

h. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.


Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan cuaca panas menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut:

https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183
http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan
 
Sponsored Post

corporate

Freshie
Joined
Oct 15, 2018
Messages
21
Reaction score
2
Points
8
Saya mengesyorkan lebih makan buah-buahan seperti tembikai dan minum air kelapa
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
480
Reaction score
70
Points
20
Aku tgk Indonesia bt rmh psg atp tgh panas kuat btl apa ilmu dirg pakai
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,301
Reaction score
950
Points
166
1-2 bln lps cuaco shah alam mmng paneh, sampai nk tido mlm pun bepeluh2 walaupun dh pasang kipas kiri kanan & bukak tingkap

skg 2-3 hari ni shah alam dh ujan hari2 waktu [email protected], sampai tido mlm xyah psg kipas & berselimut sbb sejuk pulak dah
 

KristanXX

Freshie
Joined
Dec 23, 2018
Messages
44
Reaction score
0
Points
6
It is not easy to maintain your health when it is hot outside. The most common health problems in hot conditions is that people face dehydration problems. They may not realize this but anyone can suffer from this condition. So, keep yourself hydrated in the summer season.
 

humble

Fun Poster
Joined
Jul 7, 2010
Messages
146
Reaction score
4
Points
15
Madu antara minuman yg baik


Anda pernah mendengar tentang ‘Manuka Honey’ atau dalam bahasa kita Madu Manuka? Kalau dah tahu, dah pernah rasa? Kalau ya, anda adalah individu paling beruntung sekali. Berbeza daripada madu yang lain, ternyata Madu Maduka punya khasiat berlipat kali ganda yang cukup istimewanya, selain harganya cukup membuatkan anda berfikir jutaan kali untuk membelinya.

Kenapa Mahal?
Madu Manuka dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand dan Australia. Spesies berbeza tumbuhan itu tumbuh di bahagian lain dunia namun ia tidak menghasilkan bunga diperlukan dalam pembuatan madu, menjadikan Manuka lebih mahal dengan balang kecil dijual sehingga ratusan dolar.
Foto – Huffington Post Australia
Selain itu, ada juga perkara lain yang menjadikannya mahal. Bunga Manuka hanya berkembang selama beberapa minggu setahun sehingga pengeluaran madu yang dihasilkan sangat terbatas.
Khasiat Madu Manuka
Madu Manuka popular kerana kandungan dan nutrisi yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, dari penyakit ringan hingga yang serius. Jika madu biasa mengandungi besi, kalsium, kalium dan beberapa jenis vitamin B, madu Manuka miliki khasiat lain yang bermanfaat.
Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Manuka mempunyai kelebihan yang tiada pada madu lain iaitu mengandungi agen antibakteria “UMF”.
Foto – cnn.com
Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria. Namun begitu Manuka mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor). Kombinasi kedua bahan anti bakteria dalam Manuka ini dibuktikan bertindak bersama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia. Ramai orang menggunakan madu Manuka sebagai suplemen semulajadi untuk mengekalkan sistem imun dan sumber tenaga.
Kaya dengan nutrien, madu Manuka berkesan dalam meredakan gangguan pencernaan, jangkitan bakteria untuk merawat luka dalam usus besar yang disebabkan oleh penyakit radang kronik. Madu manuka juga boleh merawat sinusitis untuk melawan plak pada gigi. Bukan itu sahaja, madu Manuka juga digunakan secara meluas sebagai bahan penjagaan kecantikan. Kebanyakan digunakan sebagai pembersih muka dan topeng muka.
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,301
Reaction score
950
Points
166
WOOH skg mlm2 paneh wooo bepeluh2 ketiak den, payah nk tido dah la bilik xdo ekon... tepakso mandi basahkan kain pelikat tido dgn kain basah... kipas 2 meja 2 bijik pasang ujung kaki katil... bangun subuh pun bepeluh2

korang amacam bleh tido ko paneh2 ni?
 

safuans

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
1,429
Reaction score
241
Points
33
WOOH skg mlm2 paneh wooo bepeluh2 ketiak den, payah nk tido dah la bilik xdo ekon... tepakso mandi basahkan kain pelikat tido dgn kain basah... kipas 2 meja 2 bijik pasang ujung kaki katil... bangun subuh pun bepeluh2

korang amacam bleh tido ko paneh2 ni?
Boli la aircond. Yang seken pun ado. Murah jo. dalam rm250-rm300. tapi upah pasang tak tau berapo.
_________________________
 

safuans

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
1,429
Reaction score
241
Points
33
Boli la aircond. Yang seken pun ado. Murah jo. dalam rm250-rm300. tapi upah pasang tak tau berapo.
_________________________
Takpun, bukak tingkap / sliding door start pukul 6 sampailah pukul 8. yang ni membantu kasi sejuk. tapi nyamuk la. ala bantai la nyamuk tu ngan reket nyamuk.

dinding ngan atap rumah kat malaysia ni tak ade penebat suhu. tak macam rumah omputeh.
lepas tu takde lubang udara kat atas dinding. wap panas tak boleh keluar la camtu.
_________________________
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,301
Reaction score
950
Points
166
Takpun, bukak tingkap / sliding door start pukul 6 sampailah pukul 8. yang ni membantu kasi sejuk. tapi nyamuk la. ala bantai la nyamuk tu ngan reket nyamuk.

dinding ngan atap rumah kat malaysia ni tak ade penebat suhu. tak macam rumah omputeh.
lepas tu takde lubang udara kat atas dinding. wap panas tak boleh keluar la camtu.
_________________________
btol bos, rumah kampung jugak yg best berangin ateh bawah

 
Sponsored Post
Top
Log in Register