BTC USD 23,439.2 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks TIPS: 7 cara menjaga komputer dengan baik agar boleh bertahan lama

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1
210315-acer-nitro-5-malaysia-02-750x375.jpg



Masalah komputer rosak merupakan satu hal yang membimbangkan dan ingin dielakkan oleh semua orang. Walaupun sudah cuba menjaganya dengan sehabis baik, namun tanpa disedari ada sahaja kesilapan kecil yang dilakukan dan mengakibatkan kesan kepada prestasi komputer. Contohnya meletakkan komputer pada permukaan yang memerangkap haba.

Perkara seperti itu akan mengakibatkan sesebuah komponen pada komputer rosak dan akhirnya pengguna perlu melakukan pembaikan. Oleh itu, berikut merupakan 7 cara untuk memastikan komputer anda terjaga dengan baik dan boleh bertahan lama.

1. Awasi suhu komputer​

Apabila komputer terlampau panas, haba akan terkumpul dan ia akan mengakibatkan CPU menjadi perlahan. Apabila anda terus gunakannya ketika suhu yang tinggi, ia boleh mengurangkan jangka hayat CPU, kipas dan bateri. Ia juga akan mengakibatkan komputer menghasilkan bunyi yang kuat dan panas apabila disentuh.

Bagi mengelakkannya, untuk komputer meja, pastikan case anda mempunyai aliran udara yang mencukupi dan kipas untuk memastikan udara sejuk bergerak melalui komponen. Jangan letakkan ia pada ruangan yang sempit kerana itu akan memerangkap haba.



211030-PC-Case-1024x573.png




Untuk laptop, letakkan ia pada permukaan yang rata. Atau jika ingin letak pada riba, pastikan pangkuan anda bebas daripada selimut dan objek lain yang boleh menghalang aliran udara pada bahagian bawah laptop. Guna meja laptop (lap desk) adalah cara yang baik untuk memastikan laptop kekal sejuk.

211030-Lap-desk-edited.jpeg


2. Pastikan komputer sentiasa bersih​

Apabila terdapat banyak habuk pada komputer, ia akan mengakibatkan komponen menjadi panas dan kipas perlu bekerja keras. Bersihkannya secara kerap boleh menghalang perkara ini dari berlaku. Anda juga perlu pastikan tiada kekotoran masuk ke celahan komputer.

Contohnya, jangan makan atau minum berhampiran komputer anda, kerana apabila serpihan makanan jatuh ke dalam papan kekunci ia boleh merosakkan suis dan membuat kekunci tertentu sukar untuk ditekan. Elak juga dari meletakkan komputer di atas lantai, kerana ia akan terdedah kepada lebih banyak habuk, rambut dan serpihan kecil sampah.

211030-papan-kekunci-kotor-1024x683.jpeg


3. Kendalikan komputer dengan baik​

angry-businessman-about-throw-laptop_23-2148112184.jpg


Komputer adalah peranti yang mahal, jadi ia perlu dikendalikan setanding dengan harganya. Jangan baling komputer walaupun pada permukaan lembut. Jika komputer anda menggunakan hard drive yang berpusing dan bukannya SSD, maka elak menggoncang atau melambungnya, lebih-lebih lagi ketika hard drive sedang aktif. Ia boleh mengakibatkan hard drive itu tercabut dan anda akan kehilangan data.




4. Caj bateri dengan betul​

Komputer tidak akan selamanya mempunyai hayat bateri yang sama. Mungkin ketika anda baru membelinya, hayat bateri boleh bertahan sehingga 8 jam. Namun lama kelamaan ia akan turun kepada 7 atau 6 jam. Perkara ini akan berlaku lebih cepat jika anda sentiasa menggunakan komputer sehingga baterinya 0%. Untuk menjaga bateri, sebaiknya caj komputer ketika bateri berada pada tahap separuh.

Sekiranya bateri sudah kembung, gantikan yang baru. Pastikan anda beli bateri dari pengilang atau penjual yang dipercayai supaya dapat bateri yang berkualiti, untuk mengelakkanya dari terbakar dan meletup.

211030-Bateri-kembung-1024x420.jpeg


5. Guna pelindung lonjakan kuasa (surge protector)​

Komputer memerlukan jumlah kuasa yang besar, namun tidak bagus jika ia mendapat lonjakan kuasa yang terlampau tinggi ketika ia sedang mengecas. Ini boleh berlaku apabila bekalan elektrik rumah anda terputus, atau anda memasang perkakas elektrik lain yang memerlukan kuasa elektrik tinggi, kerana ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada barang elektrik lain.

Bekalan kuasa di dalam komputer mempunyai beberapa perlindungan lonjakan kuasa, tetapi perlindungan boleh bertahan lebih lama jika mendapat pelindung yang khusus. Pastikan anda menggantikannya setiap tiga hingga lima tahun, kerana perlindungan itu akan haus dari masa ke masa. Perlu diingat bahawa pelindung lonjakan kuasa tidak akan melindungi daripada voltan tinggi seperti kilat, tetapi ia boleh melindungi anda daripada lonjakan yang lebih kecil dan memanjangkan hayat komputer anda.


211031-Soket.png


6. Jaga port USB & wayar pengecas​

Jangan masukkan kabel yang rosak ke dalam port USB dan pastikan sesuatu yang terpasang tidak dibengkokkan. Sekiranya anda pasang flash drive (pemacu kilat) pada port USB, jangan letakkan laptop di atas peha sambil bersila kerana ada potensi flash drive atau port USB rosak. Begitu juga dengan kabel wayar atau wayar pengecas, sekiranya anda sering membengkokkannya dan tidak menggulung dengan baik, ia mungkin akan menyebabkan sambungan di dalam terputus dan tidak boleh digunakan lagi.


211030-Laptop-dan-hard-disk.jpeg


7. Sentiasa kemaskini perisian dan guna antivirus​


how-to-set-up-automatic-software-updates-windows-10-hero156346570392664.jpg



Adakalanya laman web yang sah juga boleh dijangkiti perisian hasad, kemudian apabila anda melayarinya, masalah itu akan hadir di komputer anda. Maka, anda perlu pasang antivirus. Selain itu, penting juga untuk pastikan perisian seperti program Windows sentiasa dikemaskini, gunakan pengurus kata laluan yang baik dan pastikan Wi-Fi rumah anda selamat dengan kata laluan WPA2.

Dengan mengikut 7 langkah di atas, mungkin komputer anda boleh bertahan lama dan tidak perlu melalui sebarang pembaikan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register