BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tinggalkan kertas dalam kereta salah satu punca kereta terbakar

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,816
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,816
Reaction score
4,325
Points
266
Awards
1
Hari ini, kereta sudah menjadi keperluan bagi setiap isi rumah di Malaysia. Tidak berlebihan jika dikatakan setiap rumah memiliki
sekurang-kurangnya sebuah kereta. Tanpa kenderaan peribadi itu, jadual harian individu mungkin akan terganggu.

Tidak dinafikan, kereta bagi sebilangan individu adalah seperti ‘rumah kedua’, tempat menyimpan pelbagai barang.

Bagaimanapun, sebenarnya tidak semua barangan peribadi selamat untuk ditinggalkan di dalam kereta,
lebih-lebih lagi jika kereta anda di bawah cuaca terik yang begitu panas. Seperti yang kita ketahui, Malaysia ketika ini sedang mengalami cuaca panas dan bahang.

kertas.jpg


Sering kali beredar berita tentang barangan elektronik seperti laptop, telefon bimbit atau powerbank yang meletup dalam kereta menjadi penyebab kebakaran kereta.

Tapi tahukah anda, meninggalkan helaian kertas di dalam kereta juga boleh membawa bahaya?
Hal ini mungkin dianggap remeh, tapi sebenarnya helaian kertas yang ditinggalkan dalam kereta yang panas boleh mengundang bahaya.

Tinggalkan helaian kertas dalam kereta boleh jadi punca kebakaran

Baru-baru ini, seorang lelaki menjelaskan kepada orang ramai agar tidak meninggalkan helaian kertas di atas dashboard. Hal ini kerana tindakan tersebut berisiko, malah boleh mengundang kebakaran.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @altimatsaujana.

Menurut @altimatsaujana, helaian kertas boleh terbakar jika kanta (magnifying glass) dihalakan ke arahnya dalam satu jangka masa panjang.

Sekiranya anda menggunakan kanta dan halakan ke arah cahaya matahari, ia akan mula fokus pada satu titik di atas kertas.

Apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama, maka kertas tersebut mula menyalakan api secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang membolehkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Menurut @altimatsaujana lagi, perkara berkenaan boleh terjadi sekiranya anda sering meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang panas terik.

Dalam masa sama, api yang membakar kertas itu menyebabkan kereta anda terbakar dan hangus sekiranya berada tanpa pengawasan sesiapa.

Video yang berdurasi 00:36 saat itu sangat bermanfaat kepada pengguna kereta dan mendapat lebih 200 ribu tontonan. Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Jadi, sebelum meninggalkan kenderaan, pastikan kita tidak meninggalkan apa-apa barangan yang boleh membahayakan.

-inforakyat
 
Sponsored Post

Tapi kan….
Selalu kita tinggalkan note no tel kat dashboard ketika kita block parking.

"Dalam pada itu, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang membolehkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Menurut @altimatsaujana lagi, perkara berkenaan boleh terjadi sekiranya anda sering meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang panas terik."


petikan artikel atas tu, tapi klu paking tompek tak panas sgt maka takdolah bahayo kot
 
"Dalam pada itu, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang membolehkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Menurut @altimatsaujana lagi, perkara berkenaan boleh terjadi sekiranya anda sering meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang panas terik."


petikan artikel atas tu, tapi klu paking tompek tak panas sgt maka takdolah bahayo kot
Kalau pergi ziarah kawasan padat macam PPR, memang parking terbuka dan tempat panas.
Selalu letak note no hp kalau terpaksa block parking.
Nampaknya kena tukar seperti di bawah
IMG_6869.jpeg
 
Kalau pergi ziarah kawasan padat macam PPR, memang parking terbuka dan tempat panas.
Selalu letak note no hp kalau terpaksa block parking.
Nampaknya kena tukar seperti di bawah
IMG_6869.jpeg

btol jang, den poie kenduri sedara kek PPR lembang subang & PPR usj, memang paking panas tapi slalu dapek pulak slot paking, cumo jauhlah nk menapak

takat ni blm penah laie letak note no hp atas kertas di dashboard keto
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register