BTC USD 34,290.9 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tinggal suami demi cinta SMS

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
JOHOR BAHRU: Akibat ketagih menghantar SMS kepada rakan sembang yang baru dikenali beberapa bulan lalu sehingga terjalin hubungan intim dengan lelaki berkenaan, seorang suri rumah sanggup menghilangkan diri meninggalkan suami dan dua cahaya matanya.

Suami wanita berkenaan, Che Karudden Che Hamid, 41, berkata dia dan ahli keluarga tidak menyangka hubungan biasa yang terjalin sebagai rakan sembang SMS antara isterinya, Anita Jamari, 42, dengan lelaki terbabit akhirnya mencetus pelbagai masalah terhadap rumah tangganya.

Menurutnya, kehadiran individu ketiga itu jelas membawa perubahan kepada isterinya termasuk kerap murung serta enggan berkongsi masalah dengan ahli keluarga lain sebelum menghilangkan diri dari rumah mereka di Lima Kedai, Gelang Patah di sini, sejak 11 Oktober lalu.

“Dia tampak lebih gembira apabila berbalas SMS dengan lelaki itu yang dikenali menerusi talian perkenalan rakan sembang sebuah syarikat telekomunikasi dan merahsiakan identiti lelaki terbabit daripada kami sekeluarga biarpun kami tidak pernah mengesyaki hubungan antara mereka.

“Kami hanya mengetahui lelaki itu berasal dari Batu Pahat dan Anita tidak pernah memberitahu maklumat lain mengenainya. Masalah mula timbul antara kami berdua apabila saya terbaca SMS dihantar lelaki berkenaan yang merungkai hubungan istimewa mereka.


“Biarpun saya menasihatinya menghentikan tabiat menghantar SMS kepada lelaki berkenaan, Anita tidak mempedulikannya dan merajuk sehingga sanggup meninggalkan kami sekeluarga,” katanya yang membuat laporan kehilangan isteri di Balai Polis Gelang Patah pada 22 Oktober lalu.

Che Karudden berkata, dia dan dua anak, Che Norkamaliah, 11, dan Khairul Amirin, 9, makin bimbangkan keselamatan dan merindui wanita berkenaan yang gagal dikesan sehingga kini biarpun sudah menjalankan pelbagai usaha mencarinya di beberapa tempat.

Menurutnya, isterinya menghilangkan diri pada 11 Oktober lalu iaitu ketika dia keluar bekerja dan kejadian itu diketahuinya selepas dimaklumkan adik iparnya, Siti Salwa yang tinggal di Taman Pulai Utama, Skudai di sini.

“Adik ipar saya pelik apabila isteri menghantar kedua-dua anak saya dari rumah kami di Lima Kedai ke rumahnya.

“Apabila sampai di rumah, saya dapati beg pakaian, kad kredit, sijil nikah, buku akaun bank dan kereta saya, Proton Wira dibawa bersamanya.

“Kami keliru dengan perbuatannya yang meninggalkan kereta berkenaan di Plaza Tol Simpang Renggam sehari selepas dia menghilangkan diri dan memaklumkannya menerusi SMS kepada abang iparnya,” katanya.

Che Karudden berkata, sebelum ini, Anita bukan sahaja tidak pernah berjauhan dengan keluarga, malah menyayangi kedua-dua anak dan bercita-cita membesarkan mereka sebagai insan berjaya.

Menurutnya, dia risau dengan keadaan anaknya yang merindui ibu sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas kebelakangan ini.

“Kami merayu Anita pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin dan meminta maaf sekiranya pernah mengguris perasaannya. Kami meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Anita supaya segera menghubungi talian 012-7315094,” katanya.


Cinta itu buta...kes nie siap tambah sikit lagi...buta perut...buta akai...buta hati
 
Sponsored Post

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
mcm ni pun ade jugak , so pesan utk sisuami , jika isteri anda kembali kerumah , kalau anda nak sembang ngan bini anda..jangan ckp direct , sebaliknya pakai sms ...sebab bini anda itu happy melayan sms ..maybe dia x suka mendengar suara anda..so next time , pakai SMS.
 

cay3869

Active+ Member
Joined
Mar 11, 2007
Messages
3,095
Reaction score
43
Points
30
mcm ni pun ade jugak , so pesan utk sisuami , jika isteri anda kembali kerumah , kalau anda nak sembang ngan bini anda..jangan ckp direct , sebaliknya pakai sms ...sebab bini anda itu happy melayan sms ..maybe dia x suka mendengar suara anda..so next time , pakai SMS.

hahahahh :)):)):)):eek:
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
mcm ni pun ade jugak , so pesan utk sisuami , jika isteri anda kembali kerumah , kalau anda nak sembang ngan bini anda..jangan ckp direct , sebaliknya pakai sms ...sebab bini anda itu happy melayan sms ..maybe dia x suka mendengar suara anda..so next time , pakai SMS.

hahaha...
pompuan ni kalu ditegah katanya mengongkong..x memahami..kalu diberi kebebasan camni la jdnya...
masalah..masalah....#:-S#:-S
 

matlan

Passed Away
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
gilo bobby la betino tu..... mmmg cinta tu x de mata...~X(~X(
 

azruddiey

Fun Poster
Joined
Aug 9, 2006
Messages
629
Reaction score
7
Points
15
Alah pompuan macam biar la. sat lagi balik la tuh. Pastu pandai2 la.
 

dR-Nazar

Active Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
2,207
Reaction score
5
Points
25
lelaki yg mengayat tu pun... niat nak pakai jer tu...

takkan nak cari pompuan umor 40an nak buat bini..
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
lelaki yg mengayat tu pun... niat nak pakai jer tu...

takkan nak cari pompuan umor 40an nak buat bini..

kot umuk dia 50 an kira bergetah gak la awal 40an tu :eek::eek:
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Apa yg korang akan ;lakukan jika berlaku terhadap diri korang??? Nak terima balik ker atau ceraikan saja? :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register