Tindakan terhadap ibu bapa samseng jalanan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap ibu bapa atau penjaga remaja bawah 18 tahun yang terbabit dalam aktiviti mat rempit dan samseng jalanan, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan jabatannya di sini, Zulkifli berkata polis akan segera memanggil dan meminta ibu bapa berkenaan agar mengambil langkah sewajarnya terhadap anak mereka termasuk memberi amaran keras kepada anak-anak itu.

Beliau berkata, usaha menangani gejala mat rempit dan samseng jalanan dengan penguatkuasaan undang-undang tidak mencukupi tanpa kerjasama ibu bapa.

"Kes samseng jalanan serta kegiatan mat rempit yang mengganggu ketenteraman awam mencatatkan peningkatan di Perak pada tahun lepas dengan penangkapan sebanyak 59 orang berbanding 30 pada 2008," katanya.

Beliau, bagaimanapun, berkata peningkatan tangkapan itu terutama membabitkan remaja telah membawa hasil positif apabila tempat-tempat aktiviti samseng jalanan di negeri ini telah berkurangan.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata peningkatan kualiti perkhidmatan anggota polis akan dapat mengurangkan jumlah aduan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

Sebagai contoh, katanya, sebanyak 361 aduan diterima pada 2008 tetapi pada tahun lalu hanya 293 aduan dicatatkan, penurunan 19 peratus.

Siasatan salah laku dan pelanggaran tatatertib anggota polis juga turun lebih 19 peratus.

Zulkfili berkata, beliau yakin ini adalah ekoran kemudahan dan saluran komunikasi baru yang disediakan seperti laman web yang mengandungi e-aduan, pusat sehenti selain kemudahan yang sedia ada seperti rakan cop yang mempunyai ahli melebihi 75,000 orang.

Beliau juga berkata, konsep Stop Walk and Talk (SWAT) yang diperkenalkan sejak bulan lepas diharap akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di bandar raya Ipoh.

Konsep itu memerlukan anggota polis yang meronda supaya berhenti pada masa-masa tertentu untuk berinteraksi dengan masyarakat dalam usaha merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Zulkfili berkata, pada keseluruhannya, indeks jenayah di Perak berkurangan 0.21 peratus tahun lalu daripada 12,581 kes pada 2008 kepada 12,554 kes.
 
Sponsored Post

habiburrahman

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
193
Points
78
Tembak mati kepada semua mat rempit termasuk peragut.
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..bukan salah ibu mengandung da....kalu dulu boleh da..cuba cari cara lain utk hukum da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register