Tindakan tegas ke atas majikan guna PATI

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
PUTRAJAYA 14 Jan. - Tindakan tegas perlu diambil ke atas majikan bagi mengelakkan negara ini dibanjiri pendatang tanpa izin.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, mereka yang mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja perlu diberi hukuman setimpal untuk memastikan masalah itu diselesaikan.

"Dengan mengambil tindakan yang tegas, majikan tidak akan berani mengambil pekerja tanpa izin.

"Dengan itu, pendatang yang gagal mencari peluang pekerjaan dengan sendirinya akan pulang ke negara asal masing-masing," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sejumlah 39,046 warganegara India dilaporkan 'hilang' di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh.

Ditanya kenapa ramai pendatang tanpa izin memasuki Malaysia melalui Chennai, Subramaniam berkata, keadaan itu berlaku kerana terdapat ramai penduduk Tamil di situ.

"Penduduk Chennai bertutur dalam bahasa Tamil dan bahasa ini juga digunakan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, India pada masa sama perlu memainkan peranan dengan mengambil tindakan tegas ke atas ejen-ejen yang menipu pekerja dengan menawarkan jawatan tinggi kepada mereka yang mahu ke Malaysia.

"Pekerja-pekerja dari India telah ditawarkan dengan jawatan pengurus di kilang tetapi berakhir dengan bekerja di restoran.

"Saya pernah berbincang dengan rakan sejawat saya dari India dan beliau bersetuju untuk mengambil tindakan ke atas ejen yang menipu pekerja untuk bekerja di Malaysia," katanya.
 
Sponsored Post

burukayangan

Active Member
Joined
Feb 2, 2008
Messages
1,526
Reaction score
29
Points
30
brapa lama dah dok menyalak nak ambik tindakan tegas...
last2 sengap mcm tu saja,pati berlambak juga...
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..teman sokong tindakan kerajaan ke atas PATI...
 

pedagang cyber

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,961
Reaction score
19
Points
25
tegas ke kjaan dlm tagani masalah pati ni dah lama diungkap tapi mcm tu gak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register