BTC USD 37,910.5 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok'

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN​

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN

MARANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seperti itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.

Katanya, jika pihaknya mengesan ada yang melakukan sedemikian, siasatan lanjut akan dilakukan sebelum tindakan tindakan sewajarnya diambil.

“Kalau adanya anggota atau pegawai yang berpakaian lucah masuk dalam Tik Tok contohnya, kita akan ambil siasat dan juga mengambil tindakan sewajarnya,” kata Mazlan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan jenis Toyota Hilux GS Cargo PDRM Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 6 Wakaf Tapai di sini, pada Ahad.

Tegas Mazlan, selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, PDRM turut mengingatkan pegawai dan anggotanya agar tidak mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau pasukan beruniform itu.

Katanya, mereka ini mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau yang tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.

Pada Disember 2020, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

Katanya, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan pakaian seragam PDRM.
 
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
16,536
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,536
Reaction score
1,003
Points
201
Pada Disember 2020, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

tak tau,tak nak ambik tau...
yg penting seronok tergedik2...
berlagak dgn uniform...
 

theblur

Super Active Member
gem
Messages
7,777
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,777
Reaction score
1,023
Points
151
Terus terbayang video yg tu..pegawai polis ke ntah apa, duk melanca.p hahaha
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,731
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,731
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
Ada satu akaun ni.

'Suami orang' ke apa tah dia punya profile.

Tapi content dia takde lah merepek....kot.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register