Yajmi
Fun Poster
- Joined
- Nov 5, 2008
- Messages
- 300
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
Tindakan tegas terhadap ahli UMNO ingkar: Bushro
SUNGAI BULOH - UMNO Bahagian Subang tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang hadir pada majlis penyerahan borang ahli Parti Keadilan Rakyat kelmarin, termasuk terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Sulaiman Samad.
Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor berkata, tindakan yang dikenakan adalah sejajar dengan undang-undang parti termasuk tindakan pecat akan dikenakan jika sekiranya ahli UMNO tersebut dengan sengaja menghadiri majlis anjuran parti pembangkang itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kehadiran beberapa Ketua UMNO Cawangan termasuk Sulaiman.
:“Tindakan beliau (Sulaiman) menghadiri majlis anjuran parti pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana beliau merupakan ahli UMNO seumur hidup begitu juga halnya dengan beberapa Ketua Cawangan UMNO yang turut serta," katanya.
Menurutnya, jika mereka mahu memenuhi jemputan majlis pembangkang berkonsep majlis masyarakat sebagai contoh perayaan dan sebagainya itu tidak mengapa tetapi majlis pada malam itu adalah untuk tujuan politik semata–mata iaitu majlis penyerahan borang ahli PKR .
“Apa motif mereka untuk hadir majlis politik pembangkang dan UMNO tidak boleh terima perkara-perkara seperti ini yang membawa petanda arus perpecahan di dalam parti kerana terdapat gerakan pembangkang di dalamnya.
“Tindakan mereka sememangnya tidak menghormati parti dan boleh dikenakan tindakan tegas terhadap mereka termasuk memecat keahlian jika sekiranya terbukti mereka dengan sengaja menghadiri majlis PKR pada malam itu. Saya sedang menyiasat perkara ini dan apa yang berlaku amat memalukan UMNO," katanya.
takut ka bang
)

)btul2 da goyang nie
)
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2257782.asp