BTC USD 62,895.4 Gold USD 2,659.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Tindakan pekerja restoran cedok air lopak belakang kedai timbulkan curiga

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,156
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,156
Reaction score
3,982
Points
266
Awards
1




SEJAK beberapa hari lalu, sebahagian kawasan di Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air.
Ini ekoran pencemaran minyak dari sebuah kilang.
Jika disoroti di laman sosial, kebanyakan pelayar meluahkan rasa kecewa dan merungut kerana gangguan itu menyulitkan aktiviti seharian.
Selain memborong air minuman dari pasar raya, ada yang terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga.
Ada juga yang menumpang di rumah rakan yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas sepanjang beberapa hari gangguan berlaku.
Di tengah-tengah kekecohan isu gangguan bekalan air tersebut, tular pula sebuah klip video memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran.
Dia sedang mencedok air hujan yang bertakung di atas jalan bersebelahan premsinya.

Menerusi klip video berdurasi 1 minit itu, lelaki berkenaan dilihat memakai apron dan mencedok air sambil memasukkannya ke dalam sebuah bekas, tanpa menyedari tindakannya dirakam.
Video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter bernama @Duurianne pada Sabtu itu sehingga kini meraih 2,600 retweet.

video-kantoi-pekerja-cedok-air-tepi-jalan-netizen-disaran-jangan-makan-di-restoren-ini.jpg
Gambar

Video yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter menjadi tular dengan ramai netizen menyuarakan kebimbangan mereka.
“I don’t know which restaurant is this. Good luck to their customers (Saya tak tahu restoran mana.
Semoga berjaya untuk pelanggan mereka),” demikian tulis kapsyen video berkenaan.

Tidak dapat dipastikan lokasi restoran berkenaan, namun rata-rata netizen mengaitkan dengan situasi gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang ketika ini.



Sungguhpun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kegunaan air yang dicedok pekerja berkenaan.
Namun netizen melahirkan kebimbangan berhubung kebersihan, apatah lagi sekiranya ia digunakan untuk memasak ataupun penyediaan hidangan.
Antara komen netizen terhadap perkongsian video berkenaan.

video-kantoi-pekerja-cedok-air-tepi-jalan-netizen-disaran-jangan-makan-di-restoren-ini-1.jpg

“Ini kalau minum, automatik jadi tikus jadian,” komen seorang netizen.
“Basuh pinggan pun takkan pakai air hujan dah lopak atas jalan.
Kalau tadah tak apa lagi,” komen yang lain pula.
“Saya harap air itu digunakan untuk mencuci tandas,” tulis seorang lagi netizen.

Malah ada juga netizen yang turut tag akaun Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyiasat insiden tersebut kerana bimbang ia bakal memudaratkan pelanggan.

Insiden pekerja sebuah restoran yang mencuci pinggan mangkuk menggunakan air lopak pernah mencetuskan kekecohan dua tahun lalu.

video-kantoi-pekerja-cedok-air-tepi-jalan-netizen-disaran-jangan-makan-di-restoren-ini-2.jpg

Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan satu rakaman memperlihatkan beberapa pekerja sebuah restoran mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan di belakang sebuah premis.

Rakaman video berdurasi 19 saat itu memperlihatkan aksi menjengkelkan apabila wanita berbaju biru dan bertudung mengangkat air dari parit.

Perbuatan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen berikutan sumber air diambil di belakang sebuah gerai di tepi jalan itu diragukan tahap kebersihannya.

Meskipun ada mendakwa sumber air bersih dari paip yang pecah, sewajarnya aksi seperti itu perlu dihindarkan.

Lebih-lebih lagi membabitkan soal kebersihan dan kesihatan pelanggan.

Tidak dapat dipastikan tujuan wanita bertudung itu menceduk air itu, namun perbuatannya itu memudaratkan kesihatan.

Menerusi video dikongsikan itu ada latar belakang suara seorang wanita yang mempersoalkan perbuatan itu.

Bahkan peringatan diberikan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.

“Abang lori atau sapa-sapa yang nak berhenti makan kat gerai perindustrian Desa Cemerlang Johor hati-hati.

“Main ceduk air longkang je…memang siottt…Desa Cermerlang Ulu Tiram, Jalan Mahir 5,” kongsi netizen itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, satu siasatan dilakukan susulan tular rakaman yang menunjukkan penjaja warung kekal seolah-olah mengambil air dari longkang bagi menjalankan aktiviti perniagaan makanan.

Katanya, Jabatan Pelesenan MBJB bersama-sama SAJ Ranhill membuat siasatan pada 29 September tahun lalu di warung kekal berhadapan kilang di Jalan Mahir 5 Kawasan Perindustrian Cemerlang, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram.

“Hasil siasatan mendapati air yang diambil penjaja ini berpunca daripada paip air SAJ Ranhill yang pecah di bawah tanah warung kekal itu dan bukan air longkang,” katanya.

Menurutnya ini kerana air itu dikhuatiri tidak benar-benar bersih dan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan jika digunakan dalam aktiviti perniagaan sama ada untuk memasak dan mencuci pinggan atau peralatan.

“Melalui siasatan, penjaja warung kekal itu tiada lesen perniagaan MBJB dan diberi notis peringatan oleh Jabatan Pelesenan MBJB.

“Ini adalah notis peringatan kedua diberikan susulan notis yang dikeluarkan Jabatan Penguatkuasa MBJB,” katanya.

Menurutnya, warung kekal ini sebahagian 51 warung kekal tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang yang diberi notis ketika bancian abatan Penguatkuasa MBJB terhadap penjaja tanpa lesen Julai lalu.

“Tujuh warung kekal tanpa lesen dirobohkan.

Bagi baki warung kekal sedia ada, MBJB perlu membuat task force dalaman terlebih dahulu serta menunggu waktu yang sesuai untuk diambil tindakan,” katanya.

sumber - https://budaksitu.pw/amp/videokantoipekerjacedokair/5505/
 
Sponsored Post

den pernah berjiran dgn warga indon maso dok umah flat tkt bawah dulu, deme masak2 mkn di rumah & bwk jual di gerai tepi jalan kek parking lot dpn kedai mamak seksyen 6.

den tak penah beli makanan yg deme jual sebab den tengok deme ni pengotor, tepi rumah flat ado tong sampah air sampah berjejer2 sampai kering tapi deme selambe kuar masuk rumah tak pakai selipar main pijak ajo asal kering walaupun dah bnyk najis hukmi dipijak

klu dah dlm umah dah tak jago kebersihan kaki & lantai, cmno deme solat? cmno deme masak makan? pastu jual makan kek org ramai

nasib lah sapo2 yg beli mknn dgn deme; deme masak nasi & lauk tghari & goreng pisang/ubi/cekodok/kopok petang2

mehlah singgah mkn sedap tau ekekeekkee
 
den pernah berjiran dgn warga indon maso dok umah flat tkt bawah dulu, deme masak2 mkn di rumah & bwk jual di gerai tepi jalan kek parking lot dpn kedai mamak seksyen 6.

den tak penah beli makanan yg deme jual sebab den tengok deme ni pengotor, tepi rumah flat ado tong sampah air sampah berjejer2 sampai kering tapi deme selambe kuar masuk rumah tak pakai selipar main pijak ajo asal kering walaupun dah bnyk najis hukmi dipijak

klu dah dlm umah dah tak jago kebersihan kaki & lantai, cmno deme solat? cmno deme masak makan? pastu jual makan kek org ramai

nasib lah sapo2 yg beli mknn dgn deme; deme masak nasi & lauk tghari & goreng pisang/ubi/cekodok/kopok petang2

mehlah singgah mkn sedap tau ekekeekkee
ado kaitan dongan juai ghumah dapek jando tak? keekekekekke
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register