News TIME Di Senarai Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia, OOKLA

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
TIME Internet merupakan salah satu penyedia jalur lebar di Malaysia. Baru-baru ini, mereka disenaraikan sebagai penyedia internet paling konsisten di Malaysia oleh Ookla iaitu peneraju global dalam ujian dan analisis internet.

Screenshot-2020-10-09-at-12.11.21-PM.png


Ia merupakan hasil analisis yang dilakukan Ookla pada suku kedua hingga suku ketiga tahun 2020. Ini menunjukkan salah satu usaha oleh TIME dalam memastikan penggunanya mendapatkan perkhidmatan internet yang terbaik.

Ookla menggunakan metrik Consistency Score untuk mengenal pasti penyediaan internet yang konsisten. Metrik tersebut menunjukkan bahawa kelajuan minima muat turun adalah 25Mbps dan 3Mbps bagi muat naik.

Selain itu, Ookla memuji terhadap TIME atas rekod yang baik dalam rangkaian 100% fiber optik. Pada tahun 2018 & 2019, TIME juga dikenali dengan ping yang rendah iaitu kurang dari 85ms, 0% Packet Loss serta latency yang rendah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

time.jpg


Jika anda berminat untuk berdaftar dengan TIME, mereka ada menawarkan diskaun sehingga RM 240 jika anda melanggan pelan 500Mbps atau 1Gbps bermula 16 September hingga 31 Oktober 2020. Tambahan lagi, pengguna terbaru yang melanggan pelan 500Mbps atau 1Gbps juga akan menerima fon kepala edisi khas Sony WH-CH510.

Sementara pengguna baru bagi pelan 100Mbps akan menikmati bulan pertama secara percuma dengan membuat pendaftaran secara atas talian.
 
Top
Log in Register