BTC USD 37,178.4 Gold USD 1,799.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Timbalan Presiden Syarikat Jurutera Di Dakwa Menipu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,955
Reaction score
4,085
Points
236
11.06.2021 - Kuala Lumpur, Seorang timbalan presiden syarikat kejuruteraan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka bagi membolehkan syarikatnya mendapat status Bumiputera. Tertuduh, Ahmad Hatta Kamaruzzaman, 50, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Hatta didakwa sebagai ejen syarikat kumpulan Aker Solutions mengemukakan dokumen bagi maksud untuk memperdaya sebuah syarikat minyak dan gas bagi menyenaraikan syarikat Aker Engineering Malaysia sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera. Tertuduh mengetahui bahawa syarikat berkenaan bukanlah berstatus Bumiputera dan demikian sudah menipu dengan menyembunyikan fakta sebenar pemilikan saham syarikat itu yang mana berkepentingan benefisiari sebenar adalah syarikat Kumpulan Aker Solution.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam daerah Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, menawarkan wang jaminan antara RM10,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Ahmad Hatta dalam rayuannya menerusi peguam S Devanandan tidak membantah jumlah ikat jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes.

1623411336414.png

Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/06/826541/bhplus
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,477
Reaction score
13,642
Points
2,376

Seorang timbalan presiden kanan di sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya dan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka, untuk menyenaraikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera, tiga tahun lalu.

Tertuduh Ahmad Hatta Kamaruzzaman, 50, yang juga Ketua Aker Engineering Malaysia mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

#videoBernama

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201

jgn jadi barua kapir..
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,558
Reaction score
2,865
Points
206
google pun boleh tahu syarikat tu dari norway.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register