Timbalan Menteri gagal perjelas pembinaan kampus terbengkalai

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Hou Kok Chung gagal menjawab soalan mengenai projek pembinaan beberapa kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meskipun majlis pecah tanah telah dilaksanakan.

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi, meminta Kementerian memberi penjelasan mengenai pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachock yang masih belum dilaksanakan.

Menurut Nasharudin, majlis pecah tanah sudah beberapa kali diadakan terutamanya apabila tiba musim pilihanraya namun sehingga sekarang, projek berkenaan gagal dilaksanakan meskipun dimaklumkan tiada masalah berkenaan tapak yang dililih itu.

Nasharudin berkata, akibat kegagalan Kementerian meneruskan projek berkenaan, UMK terpaksa menumpang di kawasan lain sebagai kampus sementara.

"Saya minta Pihak Kementerian memberikan penjelasan berhubung perkara ini kerana pelajar-peajar UMK terpaksa menumpang di kawasan lain yang ternyata tidak kondusif untuk pembelajaran mereka," katanya.

Nasharudin menimbulkan pertanyaan itu berikutan soalan Mohd Nor Othman (BN) yang meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi pembinaan politeknik Hulu Terengganu di Kampung Kuala Jeneris yang telah disempurnakan majlis pecah tanah oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 3 Februari 2008.

Namun, Hou Kok Chung (BN-Kluang) tidak dapat menjawab soalan Nasharudin sebaliknya meminta untuk menjawabnya secara bertulis atas alasan soalan berkenaan luar daripada soalan asal.



"Oleh kerana soalan ini di luar daripada soalan asal, saya pohon notis (jawapan bertulis)," katanya.

Berikutan jawapan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Permatang Pauh) bangun menegaskan soalan Nasharudin.

"Apa yang luar soalan asal?Soalan itu berkaitan dengan politeknik politik di Hulu Terengganu. Jadi Bachok bertanya soalan yang hampir sama.Sudah beberapa kali pecah tanah, tapi projek tidak berjalan.

"Pecah tanah 2008,tender 2011.Ini KPI apa?Saya nak tegaskan soalan Bachock ini mengenai politeknik politik Hulu Terengganu," tegasnya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Bagaimanapun, Kok Chung menjawab bahawa projek berkenaan tidak dapat diteruskan kerana masalah sruktur tanah yang berbukit.

Jawapan Kok Chung itu menyebabkan Anwar sekali lag bangun membidas.

"Maknanya masa pecah tanah tak tahu ada bukit di situ?Perdana Menteri pada masa itu pergi, Kementerian Pengajian Tinggi pergi tengok, tak ada bukit di situ?Sekarang baru ada bukit?" Soal Anwar disambut hilaian ketawa beerapa wakil dari Pakatan Rakyat yang lain.

Soalan Anwar itu tidak dapat dijawab oleh Kok Chung sebaliknya beliau hanya tersenyum dan terus duduk.

Dalam jawapan kepada soalan Mohd Nor, beliau memberitahu,projek berkenaan masih akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 setelah Kementerian menghadapi pelbagai isu untuk melaksanakannya semenjak diumumkan pada awal Februari 2008.

Projek berkenaan ujarnya menghadapi beberapa isu seperti kos projek yang telah melambung tinggi daripada RM144 juta kepada RM359 juta akibat kesan daripada krisis ekonomi sepanjang tahun 2008 dan juga struktur tanah yang berbukit.

Isu tapak tanah juga masih perlu diatasi kerana proses pengambilan tanah belum dapat diselesaikan.
Sumber

------------
Patutnya sidang parlimen disiarkan secara langsung kpd rakyat biar rakyat tahu apa perkara yg dibahaskan oleh ahli2 parlimen. Aku tgk jawapan2 Menteri2 ni sakit hati aku. Macam ni ke kerajaan Malaysia memerintah? rakyat mcm tak penting. projek2 dilengah2kan sampai bertahun2 setelah janji2 mulus ditaburkan biasanya dekat2 PRU/PRK. Sudah2lah kita rakyat Malaysia dib0doh2kan oleh kerajaan UMNO/BN. Ayuh kita tukar kerajaan.
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Bagaimanapun, Kok Chung menjawab bahawa projek berkenaan tidak dapat diteruskan kerana masalah sruktur tanah yang berbukit.
bapak penipu...tapak kampus UMK ngan umah mak aku lebih kurang 5km jer..kawasan situ tanah rata...tmpt org tanam tembakau, padi dan kebun kelapa...umngok btol. Sampai la ni hanya pagar je naik kt sana.
 

elegan

Active Member
Joined
Nov 10, 2008
Messages
1,421
Reaction score
1
Points
25
mcm2..bile nak PRU br la sibuk mcm2
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
kalu bachok keno tanyo awang adek kito :eek: tgk org tanam tembakau atas bukit hahahaha....kuat kencheng ini menteli.. pecah tanah dah beberapa kali...tp projek tak jalan2 jgk...aduhai..
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
bapak penipu...tapak kampus UMK ngan umah mak aku lebih kurang 5km jer..kawasan situ tanah rata...tmpt org tanam tembakau, padi dan kebun kelapa...umngok btol. Sampai la ni hanya pagar je naik kt sana.
Duit untuk tender pembinaan kampus tu sudah habis... licin, mcm mana nak teruskan projek. Duit habis, projek tak jalan. Dan kebanyakannya dihabiskan semasa pilihanraya/piliharaya kecil. Tak boleh dinafikan sama sekali duit royalti minyak a.k.a wang ehsan akan disapu bersih oleh juak2 umno. Itu sebab TGNA nak berdoa kasi pecah perut mereka ni.
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Kerana dah biasa menipu dan songlap duit rakyat tu yg jd begini.
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
nantikan ajelah kehancuran kerajaan Najib ni...
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
alahai. alasan kws berbukit. trus trang je la. cakap duit takdak. dah abes. dah tak tau ke mana. senang. alasan bukit la kunun.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register