eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PUTRAJAYA 2 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah minggu ini bagi mengetahui kedudukan sebenar berhubung kesediaannya menerima tawaran jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.
"Saya akan jumpa dengan dia minggu ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mengulas kenyataan Arif Shah yang dilaporkan sedia menimbang tawaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya jika menyertai parti itu.
Tindakan Arif Shah itu dibuat atas alasan beliau kecewa kerana sering dipinggirkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diterajui Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Dalam pada itu, Najib yang ditanya tentang beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin komponen BN kebelakangan ini yang berbaur ugutan untuk keluar daripada BN kerana pertelingkahan mengenai isu tertentu berkata:
"Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN nanti."
Ada tawaran atau demand untuk lompat.....#:-S