Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Parah!

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
08 January 2010
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, parah

SUNGAI PETANI 7 Jan. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Shabri Mahmood, 47, parah selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Wang (SKSW), Taman Seri Wang, di sini hari ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah tersebut dengan menaiki motosikal.

Akibat kemalangan itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Anaknya, Mohd. Nazrin, 11, berkata, dia dan bapanya keluar dari rumah mereka di Taman Berangan pada pukul 6.55 pagi.

Katanya, apabila tiba di hadapan sekolah tersebut, bapanya memberhentikan motosikal di garisan tengah jalan memandangkan ketika itu kereta terlalu sesak.

"Ketika berhenti, tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah hadapan yang ditunggang dengan laju oleh seorang lelaki terus merempuh motosikal yang dinaiki saya dan bapa.

"Akibat rempuhan itu, saya terjatuh manakala bapa melambung jauh ke tengah jalan raya. Saya nampak bapa terhantuk dan topi keledarnya pecah.

"Saya lihat darah berlumuran di kepalanya sementara saya tidak cedera. Lelaki yang melanggar kami terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Nazrin berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghantar mereka untuk menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

"Saya dirawat sebagai pesakit luar sementara bapa dipindahkan ke HPP," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, pihaknya kini sedang mengesan lelaki yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pejabat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 bagi membantu siasatan.

ADMIN - KedahLaNie TIME - 6:29 AM

Camana terhantuk boleh pecah topi keledar ni. Mutu topi keledar camna ni? Moga segera sembuh.....
 
Sponsored Post

smate

Active+ Member
Joined
Apr 21, 2007
Messages
4,795
Reaction score
19
Points
25
semoga cepat sembuh
 

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
uish..

aku doakan semoga dia cepat sembuh..

n supaya orang yang langgar dia tu cepat2 kena tangkap..

pehal main langgar2 lari?
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
teruk gak yek... sampai helmet pecah...

moga sepat sembuh...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register