BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tiktoker Indonesia ratah kelawar goreng macam makan ayam

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
Ratah kelawar goreng macam makan ayam

Oleh KOSMO!

PETALING JAYA – Tindakan seorang pencipta kandungan dari Indonesia berkongsi video dia memasak dan makan kelawar goreng mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan lelaki tersebut didakwa mahu mencetuskan pandemik.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @danceuobob, lelaki itu merebus kelawar tersebut sebelum diangkat untuk ditambah rempah dan kemudian ia digoreng.

Bukan hanya kelawar, pencipta kandungan itu turut berkongsi pelbagai lagi makanan pelik dan jijik antaranya tikus, lipas, lipan serta pelbagai lagi haiwan dan serangga.

Malah, dia pernah diberikan amaran oleh pihak TikTok susulan kandungan yang dimuat naik, namun lelaki itu kemudian mewujudkan satu lagi akaun.

Salah seorang pengguna media sosial berasal dari Itali dan tinggal di Indonesia, Christian Giacobbe turut mengkritik lelaki tersebut.

“Bro kita baru keluar daripada Covid-19. Awak nak mulakan pandemik lain? Boleh tak awak jadi normal, makan ayam macam orang lain,” katanya.

Ia turut dipersetujui pengguna TikTok lain supaya lelaki itu menghentikan tabiatnya.

“Aku penat kuarantin (Covid-19) seminggu. Dia datang lagi buat masalah,” kata seorang individu.

“Bukan dia makan tu, dapat penyakit ke?,” tanya pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

6323416325279563879_121.jpg

 
Sponsored Post

tudia..goreng tepung..kikiki

komen ini tiada kaitan dgn ketaksuban politik sebelah pihak ye...🤭🤭🤭🤭

Hahahahha.....
Den report... Den report....
Koyak ni....
🤣🤣🤣

Tapi mmg btul ke kelawar punca virus covid tu....
Marin dulu, time selsema bab1...
Kelawar gak punco eh....
Kira kelawar ni mmg kebal dgn virus2 bahaya la ye....
 
Hahahahha.....
Den report... Den report....
Koyak ni....
🤣🤣🤣

Tapi mmg btul ke kelawar punca virus covid tu....
Marin dulu, time selsema bab1...
Kelawar gak punco eh....
Kira kelawar ni mmg kebal dgn virus2 bahaya la ye....
kelawar ni kira dipersalahkan kot, bukan punca, babi yg salah...mcm kes Najib la kot

hehehe🤭🤭🤭🤭

jgn report mod tau 🤣🤣🤣
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register