TikTok & WeChat Antara 59 Aplikasi Di Haramkan Selamanya Di India

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
26.01.2021 - New Delhi, Tahun lalu lebih 200 aplikasi dari China telah diharamkan oleh kerajaan India kerana didakwa mengancam keselamatan negara. Pada waktu tersebut aplikasi yang diharamkan akan dibenarkan semula diakses pengguna sekiranya perubahan dilakukan kepada cara data dikumpul dan digunakan.

Tetapi menurut Times of India, kini 59 dari aplikasi ini telah diharamkan terus selama-lamanya dari ditawarkan di India. Antara yang tersenarai ialah TikTok, WeChat, Bigo, UC Browser dan Mi Call. Pengharaman kekal ini diambil selepas Kementerian Teknologi Maklumat India tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pembangun mengenai bagaimana data dikumpul dan digunakan.

Selepas pertelagahan di antara pihak tentera India dan China tahun lalu, seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat telah digunakan India bagi menghalang aplikasi dari China ditawarkan di negara mereka. Xiaomi misalnya terpaksa mengeluarkan kemas kini sistem operasi kerana aplikasi yang diharamkan diberikan secara terpasang.

Screenshot-3739.jpg

Sumber asal https://timesofindia.indiatimes.com...ntly-banned-in-india/articleshow/80454258.cms
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Kerentanan Pada TikTok Membuatkan Informasi Peribadi Pengguna, Termasuk Nombor Telefon Terdedah

26.01.2021 - Global, Terbaru, ia dilaporkan terdapat sebuah kerentanan ditemui pada aplikasi perkongsian video popular, TikTok. Kerentanan ini membuatkan beberapa info peribadi pengguna terdedah kepada umum, termasuk nombor telefon dan juga tetapan profil. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada terdapat pengodam atau pihak ketiga yang telah mula mengeksploitasi kerentanan ini atau sebaliknya.

Kerentanan pada ciri Find Friends juga dikatakan memperlihatkan nama samaran pengguna, gambar profil dan juga ID unik untuk setiap profil. Kerentanan pada ciri ini dilaporkan telah pun ditutup dan diatasi.

Kerentanan seperti ini walaupun dianggap kecil oleh sesetengah pihak, tetapi sebaliknya ia boleh digunakan untuk membangunkan pangkalan data, dan menghubungkan pelbagai maklumat – seterusnya digunakan untuk menyerang pengguna.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan sering berhati-hati ketika menggunakan laman sosial, dan tidak mendedahkan pelbagai info peribadi pada sebarang platform.

Berita asal https://www.cnet.com/news/tiktok-vulnerability-left-users-private-information-exposed/
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,724
Reaction score
634
Points
116
baek haramkan je semua nih...
disalahguna utk sosial pun banyak.
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,745
Reaction score
496
Points
81
baik malaysia follow la..
tiktok ni ok lg la..ada kebaikan..
y paling melucah melampau ialah bigo...
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
659
Reaction score
193
Points
23
Youtube channel ryan toys review dgn unspeakable tu aku dah report kat youtube pun tak blok jugak. Chanel gampang
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,382
Reaction score
1,996
Points
201
Malaysia bila nak haram kan? Huhuh
Pendakwah PU azman kata haram :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register