Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,898
Top Poster #3
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,898
- Reaction score
- 6,856
- Points
- 916
- Awards
- 1
Ciri suara latar yang dijana menggunakan kecerdasan buatan(AI) sangat popular di TikTok tetapi akibatnya semua pengguna menggunakan model suara yang sama sehingga ia menjadi agak membosankan. Kini TikTok memberikan ciri baharu yang membolehkan penggunaan suara sendiri dengan bantuan AI.
Untuk menggunakannya, pengguna perlu merakam suara mereka terlebih dahulu dengan membaca ayat yang dicadangkan oleh TikTok. Kemudian ia akan diproses oleh TikTok sebelum boleh digunakan. Waktu yang diperlukan untuk proses penjanaan suara adalah berbeza bergantung kepada panjang dan variasi intonasi. Misalnya untuk nada suara yang lebih kompleks, ia mungkin memerlukan waktu pemproses yang lebih lama. Namun secara keseluruhan, proses penjanaan suara AI di TikTok ini hanya memerlukan beberapa saat hingga beberapa minit sahaja untuk selesai. Bukan itu sahaja, penjanaan suara melalui ciri ini juga tersedia dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina, Portugis, Jepun dan Indonesia. Bagi yang risau mengenai privasi dan suara digunakan oleh pihak lain, TikTok mengatakan bahawa suara AI yang dijana hanya boleh digunakan oleh pemilik suara dan mereka boleh memadamnya pada bila-bila masa sahaja.
Walau bagaimanapun, percubaan kami untuk menggunakan ciri ini pada peranti Android dan Google mendapati ia masih lagi belum tersedia. Meskipun belum tersedia untuk semua pengguna, kita boleh berharap ciri ini akan segera dilancarkan secara global dalam kemas kini yang akan datang.