BTC USD 50,562.5 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiger Woods mengaku curang, berehat untuk selamat perkahwinan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
JACKSONVILLE, Florida: Tiger Woods berkata beliau berehat sementara waktu daripada golf untuk menyelamatkan perkahwinannya dan untuk pertama kalinya menggunakan perkataan "curang" dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya.

"Selepas memikirkannya, saya mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada golf profesional. Saya perlu memberi tumpuan untuk menjadi suami, bapa dan insan yang lebih.

"Saya sedar kekecewaan dan keperitan akibat kecurangan saya yang dirasai ramai insan, khususnya isteri dan anak-anak saya.

"Saya ingin nyatakan sekali lagi bahawa saya menyesal dan memohon kemaafan. Kerosakan yang saya lakukan mungkin tidak boleh diperbaiki lagi tetapi saya akan cuba sedaya upaya," katanya.

Woods dan isterinya, Elin, sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai anak perempuan berusia dua tahun dan anak lelaki berusia 10 bulan.

Pengumuman itu dibuat dua minggu selepas kemalangan kereta pada 27 November yang mencetuskan kejatuhan pemain nombor satu dunia itu dan pendedahan hubungan sulit beliau dengan beberapa wanita.

Woods tidak kelihatan di khalayak umum sejak kemalangan itu.

Jelajah PGA AS berkata ia menyokong keputusan bintang terbesarnya itu.

"Keutamaan beliau ialah di tempat sepatutunya dan kami akan terus menghormati dan menunaikan permintaan untuk tidak diganggu.

"Kami menunggu kehadiran semula Woods ke Jelajah PGA apabila beliau memutuskan waktu untuk beliau kembali," kata Pesuruhjaya Jelajah PGA, Tim Finchem, dalam satu kenyataan. - AP
 

CG Sponsors




Top
Log in Register