Tiga sahabat dihukum gantung edar dadah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU: Tiga sahabat karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin tiga tahun lalu.

Mohd Zulkifli Musa, 34; Kamaruzaman Ibrahim, 44, dan Abdullah Mat Daud, 29, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Azman Husin yang berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan.

"Kesalahan yang dilakukan kamu bertiga amat berat dan mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman ini dan kamu boleh membuat rayuan," kata Mohd Azman.

Ketiga-tiganya ditahan pada 4.15 petang 11 April 2006 di Hoi Key Restoran, Jalan Toh Hakim di sini, kerana cuba mengedar heroin seberat 23.46 gram.

Mohd Zulkifli dan Kamaruzaman, kedua-duanya buruh berasal dari Rantau Panjang, manakala Abdullah dari Tanah Merah, adalah pemandu lori kelapa sawit.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaakob manakala peguam, Tara Singh Dilip mewakili Mohd Zulkifli, Wan Abdullah Thani Wan Yusof mewakili Kamaruzaman dan Rozihan Othman mewakili Abdullah.
 
Sponsored Post

sarialong

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,116
Reaction score
1
Points
25
ades..sia2 hidup.minta di jauhkan keluarga aku
 

mojotudam

Active Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
1,160
Reaction score
0
Points
20
23.46 gram jek. tapi mmg dah undang2 so berani buat berani tanggung la
 

alia_angel

Super Active Member
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
begitu aje berakhirnya kehidupan....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register