BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga rumah tumpangan diserbu.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Lumpur : Dua puluh dua wanita warga asing ditahan dalam satu serbuan di tiga rumah tumpangan di Jalan Petaling, 4.15 petang ini.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dibuat berikutan aduan orang awam yang curiga dengan ramai wanita warga asing di premis berkenaan.

Jurucakap polis berkata, tiga rumah tumpangan terletak dalam satu barisan rumah kedai yang sama itu sangat terkenal dalam kalangan lelaki hidung belang termasuk warga asing untuk melempiaskan nafsu seks.

“Ketika serbuan dijalankan, dua belas lelaki warga asing berada dalam premis itu dan rumah tumpangan itu memang terkenal sebagai tempat tumpuan warga asing.

"Tujuh belas daripada wanita itu berasal dari India manakala lima lagi Indonesia berusia antara 28 hingga 40 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/15962
 
Back
Top
Log in Register