Tiga rumah, dua kenderaan musnah terbakar di seremban

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191

KEADAAN tiga rumah teres dan dua kenderaan yang musnah dalam kebakaran di Taman Harapan Baru, Seremban, malam ini. FOTO ihsan bomba.












TIGA rumah teres di Taman Harapan Baru, Seremban, musnah dalam kebakaran malam ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, sebuah van dan motosikal turut musnah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.55 malam.

Beliau berkata, tiga jentera membabitkan kekuatan tiga pegawai dan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban serta Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah teres yang terletak bersebelahan dan kami kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.36 malam.

“Sebuah rumah, van dan motosikal musnah 100 peratus manakala dua lagi rumah musnah 60 peratus. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/516586/tiga-rumah-dua-kenderaan-musnah-terbakar
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,135
Reaction score
1,526
Points
596
Allahuakhbar

Moga Allah permudahkan urusan yang terlibat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register