BTC USD 49,142.4 Gold USD 1,778.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Rakan Diperintah Bela Diri Edar Dadah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan tiga sahabat membela diri atas tuduhan mengedar kira-kira 100 kilogram dadah jenis kanabis lima tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mazlani Mansor, 46, Mohd Sharif Mohd Sahoji, 35, dan Hamdan Mohd Kafiah, 29.

Kesemua tertuduh didakwa mengedar 108,796 gram kanabis di sebuah rumah, Lot 445B-47A(2), Pintasan Raja Muda 4, Kampung Baru, di sini pada 17 Ogos 2003, pukul 1 pagi.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya Ghazali berkata kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah dengan jumlah yang banyak dan adalah mustahil sekiranya mereka tidak menyedari kehadiran dadah itu.

"Kehadiran tertuduh kedua dan ketiga pada lewat malam di rumah tertuduh pertama menunjukkan adanya elemen pengetahuan terhadap dadah itu. Saya bersetuju kehadiran dadah yang banyak akan menimbulkan bau yang kuat, maka elemen pengetahuan tidak diragui.

"Seandainya ada pihak ketiga (pihak lain selain tertuduh) tinggalkan dadah tanpa pengetahuan tertuduh pertama kenapa sebagai warganegara yang bertanggungjawab tiada laporan polis dibuat oleh tertuduh pertama.

"Dadah yang diletak di dalam guni gula itu juga tidak disorok di tempat tersembunyi di mana-mana bahagian rumah itu. Keadaan faktor di atas kuatkan kes pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan, kawalan dan pemilikkan dadah yang mana pada malam tersebut juga kesemua tertuduh ditemui bersama dadah itu di ruang dapur," katanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Ismail dan peguam T. Vijayandran, Wan M. Razali Wan A. Kadir dan Datuk Baljit Singh mewakli tertuduh-tertuduh.

Perbicaraan disambung 11 Feb depan untuk membolehkan kesemua tertuduh membela diri masing-masing.
 
Sponsored Post

mangkaq

Super Active Member
Messages
8,834
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Pergh 100 kg...berat sebungkus simen...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register