BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga peserta Perhimpunan EX5 Members maut di LPT 2

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,781
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,781
Reaction score
5,149
Points
486
Awards
1
WhatsApp-Image-2024-10-18-at-5.14.14-PM-1-1024x641.jpeg


KEMAMAN – Hajat tiga pemuda untuk menyertai Perhimpunan EX5 Members di Kuala Nerus tidak kesampaian apabila mereka maut dalam dua kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kerteh di sini hari ini.

Kemalangan pertama mengorbankan Mohamad Alif Haikal Mohd. Razali,18, dan Muhammad Aliff Haiqal Abdullah, 23, yang berlaku di Kilometer 322.4 pada pukul 6.35 pagi.

Seorang lagi mangsa, Nur Hamizul Abu Bakri, 22, pula meninggal dunia dalam nahas di Kilometer 316.8 pada pukul 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohamad Alif Haikal dari Bandar Tun Razak, Pahang dan Muhammad Aliff Haiqal dari Kampung Alai, Melaka bergesel.

“Ekoran itu, motosikal mereka hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian. Kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan memberitahu, nahas kedua menimpa Nur Hamizul selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya.

“Mangsa yang berasal dari Ulu Slim, Perak meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk dibedah siasat,” katanya.

Difahamkan, Perhimpunan EX5 Members yang mengumpulkan peminat motosikal Honda EX5 sedang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus selama dua hari sehingga esok. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohamad Alif Haikal dari Bandar Tun Razak, Pahang dan Muhammad Aliff Haiqal dari Kampung Alai, Melaka bergesel.

“Ekoran itu, motosikal mereka hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian. Kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan,”
 
Cara lobai kencing anak2 muda melayu

Menyedari keperluan mempunyai motosikal sebagai medium pengangkutan, pergerakan dan mencari sumber rezeki kepada golongan anak muda, PAS Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman Qardhul Hasan (tanpa riba) sehingga RM4,000 untuk pembelian motosikal bagi kumpulan ini.
 


Polis kesan penunggang motosikal buat aksi 'wheelie' langgar kereta

Polis kesan penunggang motosikal buat aksi 'wheelie' langgar kereta
Tangkap layar memaparkan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita di hadapan sebuah stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus semalam.NSTP/TULAR MEDIA SOSIAL
KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan penunggang motosikal Honda EX5 yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita di hadapan sebuah stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus semalam.

Dalam kejadian jam 6.37 petang itu, penunggang dan pembonceng yang jatuh selepas membuat aksi berkenaan turut melanggar bahagian hadapan sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga pemandu Perodua Myvi pada jam 9.10 malam.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari arah Dataran Austin menghala ke Teluk Ketapang manakala motosikal Honda EX5 yang ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng wanita datang dari arah Jalan Kem Askar menghala ke arah Teluk Ketapang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan itu membuat aksi 'wheelie' dan terjatuh sebelum melanggar kereta dipandu wanita itu.

"Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal bertindak melarikan diri selepas kejadian itu manakala pemandu wanita terbabit membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Kita sedang mengesan penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dengan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular video berdurasi 11 saat yang menunjukkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita terjatuh dan melanggar bahagian hadapan sebuah kereta.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register