BTC USD 35,670.6 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Tiga Peniaga Viral Langgar SOP Diberi Pengurangan, Kompaun RM50,000 Ke RM2,000

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,298
Reaction score
210
Points
83
bukan ke menteri dah cakap maksimum 10k je untuk individu kesalahan berulang?
sampai sekarang, masih kekal 50k ke?
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,406
Reaction score
12,850
Points
1,906

Tiga Peniaga Viral Langgar SOP Diberi Pengurangan, Kompaun RM50,000 Ke RM2,000​

1-2-46.jpg

May 24, 2021

PIHAK berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebelum ini, tular kisah di media sosial kisah melibatkan tiga peniaga yang didakwa melanggar SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketiga-tiga peniaga terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 berikutan kesalahan yang dilakukan pada April lalu.
2-5-26.jpg

Dalam perkembangan terbaharu, kadar kompaun yang dikenakan kepada mereka telah diberikan pengurangan dan hanya perlu membayar sebanyak RM2,000.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sudah menerima balik kes tersebut yang melibatkan kompaun berjumlah RM50,000.
Iklan

Bagi peniaga burger dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan sama sekali tidak boleh dikurangkan berikutan ia merupakan kesalahan kedua.
3-5-24.jpg

Peniaga colek dan kedai runcit pula jumlah kompaun dikeluarkan RM2,000, namun masing-masing akan mendapat pengurangan sebanyak 50 peratus sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari dan dikurangkan lagi 50 peratus jika golongan B40.
Sekiranya dicongak pengurangan yang diberikan kepada dua peniaga berkenaan dan sekiranya layak serta membayar dalam tempoh ditetapkan, maka jumlah perlu dibayar hanyalah RM500 berbanding RM2,000.

4-3-16.jpg

Sebelum ini, ketiga-tiga peniaga tersebut didakwa beroperasi lebih masa ketika tempoh PKP dan dikenakan kompaun.
Iklan

Semoga perkara sedemikian menjadi iktibar buat kita agar mematuhi SOP dalam tempoh PKP.

Sama-samalah mendisiplinkan diri melakukan kawalan kendiri dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Kurangkan pergerakan di luar rumah, menjaga kebersihan diri dan elak menghadiiri perhimpunan ramai. #kitajagakita
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,406
Reaction score
12,850
Points
1,906

Peniaga colek serik, enggan ambil risiko lagi​

1622456657604.png

Peniaga colek, Mohd Azizi Md Nor, 42 (kanan) bersama isterinya Nik Nawati Nik Lah, 38 (kiri) menunjukkan surat rayuan kompaun yang berjaya dikurangkan kepada RM500 hasil rayuan yang dibuat menerusi Sekretariat Perundangan dan Peguam Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika ditemui di pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: "Selepas insiden dikenakan kompaun RM50,000 baru-baru ini, saya belum kembali berniaga kerana seakan-akan serik dengan kejadian itu," kata peniaga colek, Mohd Azizi Md Nor.

Mohd Azizi, 42, berkata dia masih terbayang insiden pihak berkuasa datang ke gerainya di Kampung Chekok Tengah, di sini, sebelum dikenakan kompaun tinggi sehingga bingung memikirkan nasib keluarganya.

"Selepas insiden itu pada 26 April lalu, saya cuba menjual murtabak beberapa hari selepas itu, namun hanya sempat berniaga dua hari sahaja sebelum menutup gerai kerana bimbang kejadian sama berulang.

"Walaupun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang akan berkuat kuasa esok, kedai makan boleh beroperasi, saya masih belum ada kekuatan untuk kembali berniaga kerana enggan mengambil risiko," katanya.

Mohd Azizi berkata demikian ketika ditemui di pejabat Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, yang membantunya membuat rayuan sebagai tanda terima kasih, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Fareez Amran.

Pada masa ini, Mohd Azizi membantu isterinya, Nik Nawati Nik Lah, 38, membuat roti canai segera selain menggunakan wang simpanan serta sumbangan orang ramai untuk perbelanjaan harian.

Menurutnya, walaupun jumlah kompaun dikurangkan, dia tetap tidak mampu menjelaskan denda itu kerana perniagaannya hanya cukup untuk kelangsungan hidup keluarganya sahaja.

"Pendapatan yang diperoleh sekitar RM200 sahaja sehari hanya cukup untuk belanja seharian serta pusingan modal.
"Jika perlu membayar kompaun itu sekalipun, mungkin saya terpaksa berhutang dengan sanak saudara walaupun sudah dikurangkan kepada RM500," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, peniaga colek itu dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa pada 26 April lalu.
Bagaimanapun, denda itu berjaya dikurangkan kepada RM500.

Disiarkan pada: Mei 31, 2021 @ 5:41pm

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,794
Reaction score
21,195
Points
1,671
Senyum abang honda ketam rm500 je
 
shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,715
Reaction score
703
Points
171

Peniaga colek serik, enggan ambil risiko lagi​

View attachment 372405

oloh2 mengade2nye...
klau tak buat salah tak payah takot la...
bukak je la kedai mcm biase...
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,406
Reaction score
12,850
Points
1,906

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

2m ·

KES KOMPAUN PENIAGA COLEK SELESAI: DARI RM50,000 KEPADA RM500

Alhamdulillah, akhirnya kes kompaun RM50,000 peniaga colek di Kelantan selesai apabila pihak Pejabat Kesihatan Negeri bersetuju untuk mengurangkan kepada RM500 setelah mendengar hujahan rayuan daripada barisan Peguam yang disediakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai sendiri oleh Nik Saiful Adli Exco merangkap Ketua Sekretariat Peguam Muda dan Perundangan Pemuda UMNO.

Ada suara-suara sumbang yang cuba menuduh Pemuda UMNO tawarkan Bantuan Guaman PERCUMA untuk menggalakkan lagi orang ramai untuk tidak mematuhi SOP di bawah Ordinan Darurat dan PKP.

Ingin ditegaskan Pemuda UMNO hanya membantu kes-kes tulen (genuine) di kalangan rakyat yang merasai diri mereka teraniaya bukannya yang melakukan perlanggaran SOP secara SENGAJA. Sebagai contoh dalam kes Peniaga Colek ini, berlaku salah faham antara penguat-kuasa yang terus mengenakan kompaun tanpa budi bicara, sedangkan waktu itu peniaga tersebut sudahpun menutup operasi dan sedang mengemas.

Pemuda UMNO tegas berpendirian bahawa keperluan mematuhi SOP dan segala peraturan di bawah undang-undang termasuk Ordinan Darurat adalah WAJIB dan tidak boleh dikompromikan. Namun Pemuda UMNO juga berharap ada nilai ihsan, timbang rasa dan budi bicara dalam mengenakan kompaun terhadap rakyat. Tidak wajar juga berlaku ‘double standard’ dalam aspek pematuhan dan penguatkuasaan sehingga rakyat melihat seolah-olah ada dua set hukuman kepada ‘golongan kayangan’ dan rakyat marhain bawahan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
#PemudaBantuRakyat
#PemudaJurubicaraRakyat
#BangkitKembali

1622520034411.png

Noor Hariri MN

1j ·
https://www.facebook.com/#
KES KOMPAUN RM50,000 PENIAGA COLEK SELESAI

Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yang diketuai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Peguam Muda dan Perundangan Nik Saiful Adli Burhan (Tetuan Irmohizam Rosley & Nik Adli) & Tn. Azwan Hussain (Tetuan Rafizah Azwan & Associates) dan Fareez Amran , Ketua Pemuda UMNO Pengkalan Chepa hari ini menerima kehadiran Mohd Azizi Mohd Nor dan isteri, Nik Nawati Nik Lah bagi penyelesaian kompaun RM50,000 yang dikenakan April lepas.

Peguam dilantik bagi memudahkan uruscara rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memandangkan Mohd Azizi tidak mampu untuk membayar jumlah sebanyak itu.

Alhamdulillah, berkat kemantapan hujah daripada pihak peguam serta pertimbangan seadilnya daripada pihak Hakim, Mohd Azizi hanya perlu membayar kompaun RM500 sahaja.

Pemuda UMNO Kelantan berpendirian, pihak berkuasa seharusnya menggunakan pertimbangan dan budi bicara dalam melaksanakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat dengan mengambil kira situasi dan kondisi rakyat yang hakikatnya susah dan resah berjuang untuk kelangsungan hidup mereka.

Dalam suasana pandemik covid-19 yang benar-benar menekan situasi ekonomi rakyat ketika ini, prinsip keadilan yang disulami dengan nilai ihsan mesti menjadi asas dalam menguatkuasakan apa jua bentuk perundangan dan peraturan.

Ucapan jutaan Terima kasih di atas kecaknaan kepada pimpinan kami :-
31_20e3.png
YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, yang terus menerus memantau perkembangan kes pembelaan rakyat seperti ini.

32_20e3.png
Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang menyediakan Khidmat Guaman Percuma kepada yang betul² memerlukan.

Semoga ianya memberi kegembiraan kepada Mohd Azizi dan keluarga.
 
makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,073
Reaction score
408
Points
41
"Pendapatan yang diperoleh sekitar RM200 sahaja sehari hanya cukup untuk belanja seharian serta pusingan modal.
"Jika perlu membayar kompaun itu sekalipun, mungkin saya terpaksa berhutang dengan sanak saudara walaupun sudah dikurangkan kepada RM500," katanya.

RM200/hari tu dikira miskin lagi kot.. duduk di kampung jaaa.
Mungkin tanggungannya besar sangat... RM500 pun tak ada.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,771
Reaction score
1,850
Points
201
"Pendapatan yang diperoleh sekitar RM200 sahaja sehari hanya cukup untuk belanja seharian serta pusingan modal.
"Jika perlu membayar kompaun itu sekalipun, mungkin saya terpaksa berhutang dengan sanak saudara walaupun sudah dikurangkan kepada RM500," katanya.

RM200/hari tu dikira miskin lagi kot.. duduk di kampung jaaa.
Mungkin tanggungannya besar sangat... RM500 pun tak ada.

Perasan tak dia kata pendapatan sehari.. peniaga kecil klu sebut pendapatan sehari tu bukan profit bersih... Lom tolak gaji.. kos bahan mentah dan lain...
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register