BTC USD 35,390.2 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Tiga Peniaga Viral Langgar SOP Diberi Pengurangan, Kompaun RM50,000 Ke RM2,000

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,404
Reaction score
12,850
Points
1,906
1619427587462.png

Peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana operasi lebih waktu​

Diterbitkan 26 Apr 2021, 4:54 pm

Dikemaskini 4:56 pm

Seorang peniaga burger, yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam tadi dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

Katanya, pihak polis kemudiannya bertindak mengeluarkan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja.
"Saya terkejut kerana dikompaun dengan nilai setinggi itu. Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini.

"Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

9d243dcd2e506c8574770e26d3062f51.jpg

Tambah Faisal, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak lain yang membuat laporan menyata kedainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Malah katanya, kompaun ke atasnya itu merupakan kes berulang selepas kali pertana ketika PKP sebelum ini dan dikompaun RM1,000.

"Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini merupakan satu-satunya mata pencarian saya.

"Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya," katanya.

Sebagai rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata, inidvidu tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kompaun berkenaan.

Katanya, kompaun yang dinyatakan itu jumpah maksimun denda bagi kesalahan berniaga melebihi masa

"Pada buku saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum. Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10, 000.

"Beliau boleh buat rayuan kepada KKM," katanya ketika dihubungi.

kenyataan dari Menteri undang undang

1619500887814.png

"Perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000." - Takiyuddin

Pengeluaran kompaun perlu ikut garis panduan
27 April 2021

1619484266576.png

Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA - Setiap kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu dilaksana mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya berkata, kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta 342 untuk dijadikan panduan kepada pihak penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000," katanya pada Selasa.

Menurutnya, pesalah pula diberikan kadar pengurangan sebanyak 50 peratus sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari.
"Pengurangan akan diberikan sehingga 25 peratus sekiranya ia dibayar dalam tempoh 14 hari," katanya.
Beliau berkata, segala tindakan mengenakan kompaun di bawah Akta 342 adalah bertujuan untuk pencegahan dan memberi pengajaran.

"Ini bagi memastikan semua pihak termasuk peniaga bersama-sama bertanggungjawab dalam memerangi pandemik Covid-19 yang masih kritikal di dalam komuniti," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 selepas didapati berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi dan kecaman rakyat terhadap pihak berkuasa.
Kelantan diletakkan di bawah pelaksanaan PKP selepas kadar kebolehjangkitan (R-naught) negeri itu berada pada 1.35 tinggi di seluruh negara berbanding Rt Malaysia, 1.13.

Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,400
Reaction score
2,828
Points
206
maknanya memang kena denda jugak ler.
kalau dah letak nilai maksimum, lepas buat rayuan paling-paling 5k hangus.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,613
Reaction score
12,779
Points
2,376
maknanya memang kena denda jugak ler.
kalau dah letak nilai maksimum, lepas buat rayuan paling-paling 5k hangus.

Sian pulak dekat orang yang cari pendapatan time ekonomi skrg 😔
Dia kena had kan la masa berniaga ikut SOP
 
chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,565
Reaction score
76
Points
40
1619428554692.png

1619428644123.png

Seorang peniaga burger, yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam tadi dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

Katanya, pihak polis kemudiannya bertindak mengeluarkan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja.

"Saya terkejut kerana dikompaun dengan nilai setinggi itu. Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini.

"Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
ambah Faisal, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak lain yang membuat laporan menyata kedainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Malah katanya, kompaun ke atasnya itu merupakan kes berulang selepas kali pertana ketika PKP sebelum ini dan dikompaun RM1,000.

"Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini merupakan satu-satunya mata pencarian saya.

"Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya," katanya.

Sebagai rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata, inidvidu tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kompaun berkenaan.

Katanya, kompaun yang dinyatakan itu jumpah maksimun denda bagi kesalahan berniaga melebihi masa

"Pada buku saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum. Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10, 000.

"Beliau boleh buat rayuan kepada KKM," katanya ketika dihubungi.
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,400
Reaction score
2,828
Points
206
dah ada bang.

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
913
Reaction score
94
Points
30
ada org complain. Mungkin peniaga yg sama jenis . Biasanya dah beberapa mlm niaga lebih had baru polis dtg . Lebih sejam dari had pukul 10 tu kira lama juga.
 
lats840

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,665
Reaction score
610
Points
81
Doa bang....
Doa org yg di aniaya ni makbul...
Cari rezeki depan rumah pun org kacau.... SOP... Rules... Smua kne kat rakyat biasa je...

#sakithatiden...
 
Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,808
Reaction score
346
Points
96
Alhamdulilah kerajaan melayu islam.
Tempat pulak serambi mekah.
Kepada pakcik yang teraniaya, doalah banyak2. Lagi2 dekat lailatul qadar ni.
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,224
Reaction score
3,115
Points
201
Fuh !!!
50k mcm tu je.
xde belas kasihan.

Sek2 "kito" yg wat aduan.
Jenk palo.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register