BTC USD 56,838.8 Gold USD 1,833.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Pengedar Ditahan, Ketamin Bernilai RM600,000 Dirampas

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
AMPANG 11 Nov. – Polis menahan tiga pengedar dan merampas 20 kilogram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM600,000 semasa mereka dipercayai hendak menjalankan urus niaga di Taman Cahaya di sini, Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 8 malam.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah wang tunai sebanyak RM2,000 dan dua kereta jenis Toyota Vios dan Hyundai Sonata.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, semasa tangkapan ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 23 dan 42 tahun itu membawa bagasi berwarna merah.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bagasi tersebut mengandungi 20 peket plastik lutsinar yang setiap satu seberat kira-kira satu kilogram.

‘‘Semasa menghampiri mereka, ketiga-tiganya cuba melarikan diri tetapi gagal. Kita syak plastik lutsinar itu adalah dadah dipercayai jenis ketamin.

‘‘Ketiga-tiganya ditahan reman selama seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Nordin, pihaknya sedang menyiasat modus operandi kumpulan itu sama ada dadah itu diedarkan dalam kuantiti yang banyak atau dibungkus semula sebelum dijual kepada pihak tertentu.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register