Tiga pelajar dibuang sekolah kerana pukul pelajar lain

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BUTTERWORTH: Tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya, di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.

Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.

"Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - BERNAMA



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tigapelajardibuangsekolahkeranapukulpelajarlain/Article/
 
Sponsored Post

luqalief

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
30
Points
70
Masokkn je kat henry gurney
Biar kene son.tot dgn lan todak
 

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
punya teruk depa balun budak tu...cuma kena buang sekolah ajer??
 

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,330
Reaction score
78
Points
120
yg buat keputusan tu pun mcm haremm
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,048
Reaction score
2,960
Points
201
kalo nak tahu itulah yg berlaku kat sekolah..cikgu penat2 kumpul bukti kesalahan murid..dah siap semua..last2 lepas rayuan masuk balik sekolah...

tak ke budak jadi 'besar kepala' jadinya....
 

kelicap

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
3,562
Reaction score
143
Points
33
aah 4 kali berita ni...astrokkkkk..
Best ke kisah budak kena buang skolah ni..??
Yg kena buang tu..anak melayu..anak cina tepuk tangan..
Kalau buang sekolah selesai masalah ke...??
Tak selesai..malah bagi pelajar tu peluang baru utk belasah siapa saja di luar sana..
Lagilah budak tu syok..bebas tak payah sekolah..
Kita bagi dia lesen besar untuk dia menjadi sampah masyarakat yang baru..
 

customys

Active Member
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40
Ikut sangat perasaan, kan dah kene buang..budak-budak skrg perangai jenis tak fikir panjang..
 

FAUZEY_FX

CG Top Poster Club
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,420
Reaction score
800
Points
171
mak bapak penat2 hantar ke skolah..last2 jadi samseng.. harap depa ni amek pengajaran..
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
jangan buang je,ambil tindakkan
kan buang camtu,makin teruk budak ni
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
semakin teruk akhlak pelajar2 sekarang kecik2 dah jadi samseng esok dah besar jadi apa pulak agaknya?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register