Tiga pelajar dibuang sekolah kerana pukul pelajar lain

CG Sponsors




highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Tiga pelajar dibuang sekolah kerana pukul pelajar lain
2013/04/10 - 18:28:52 PM Cetak Emel Kawan

BUTTERWORTH: Tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya, di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.

Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.

"Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - BERNAMA


-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

alpine_star

Legendary Member
Joined
Oct 3, 2010
Messages
13,885
Reaction score
117
Points
123
kesalahan merusuh..mcm berat jerk..bukan mendatangkan kecederaan ker slalunyer?..huhuhu
 

Tokey.Site

Fun Poster
Joined
Jul 24, 2009
Messages
778
Reaction score
75
Points
20
sepatutnya masuk henry gurney , baru ada pengajaran pd samseng tu dan pd yg nak jd samseng lpas ni

buang sekolah mcm tu je, lagi samseng la budak tu lepas ni

jpn dgn kpm pun byk org2 tua yang be bal , sengal dan dan nyanyok duduk , naik pun guna kabel

apa la nk jd dgn mesia ni ?
 

fauzizul

Legendary Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,777
Reaction score
9
Points
120
budok budok zaman sekarang :-?
 

Hitman™

Legendary Member
Joined
Apr 27, 2010
Messages
12,286
Reaction score
163
Points
128
sepatutnya masuk henry gurney , baru ada pengajaran pd samseng tu dan pd yg nak jd samseng lpas ni

buang sekolah mcm tu je, lagi samseng la budak tu lepas ni

jpn dgn kpm pun byk org2 tua yang be bal , sengal dan dan nyanyok duduk , naik pun guna kabel

apa la nk jd dgn mesia ni ?
dah dekat masa untuk tukar.

buat pilihan yang bijak nanti.
 

exofx

Legendary Member
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
Sedap tomoi orang, nnti hantar sekolah Hendry gurney, orang tomoi dia pulak.
 

min9797

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
90
Points
30
buang je..buatnya disekat budak tu tgh jalan...*****h..
 

Tokey.Site

Fun Poster
Joined
Jul 24, 2009
Messages
778
Reaction score
75
Points
20
Hitman™;16806281 said:
dah dekat masa untuk tukar.

buat pilihan yang bijak nanti.
sistem mesia ni dah korup atas bwh, dpan belakang , kiri kanan , luar dalam , timur barat , utara selatan:eek:

blh kata semua agensi , jabatan atau kementerian pun korup giler , smua byk kroni dan org2 tak layak psl tk pandai pn sbnrnya , menjawat jawatan tinggi wpun tak layak sbnrnya

inilah hasilnya...:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register