Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,224
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,224
- Reaction score
- 988
- Points
- 121
Tiga maut, empat cedera parah dalam serangan pada festival di Jerman
REUTERS - Ogos 24, 2024 @ 2:20amSOLINGEN (JERMAN): Polis memaklumkan, tiga orang terbunuh manakala empat cedera parah dalam serangan pada festival malam tadi di sini dekat barat Jerman.
Menulis polis, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam, apabila seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya menyerang orang ramai melalui tembakan dan tikaman.
"Insiden serangan ke atas bandar ini sangat menyayat hati. "Saya menitiskan air mata apabila memikirkan mereka yang terkorban.
"Saya berdoa untuk kesejahteraan semua mangsa yang masih bertarung nyawa," kata Datuk Bandar Solingen, Tim-Oliver Kurzbach dalam satu kenyataan.
Kejadian seumpama itu agak jarang berlaku di Jerman.
Polis berkata, serangan itu berlaku pada festival bagi meraikan ulang tahun ke-650 bandar itu.
Solingen terletak di negeri Rhine-Westphalia Utara, iaitu negeri dengan populasi penduduk paling tinggi di negara itu yang bersempadan dengan Belanda.
Menteri Dalam Negeri, Herbert Reul, yang melawat tempat kejadian, memberitahu pemberita, serangan itu jelas dengan niat membunuh, namun enggan membuat spekulasi mengenai motifnya.
Mengikut kenyataan Datuk Bandar,serangan itu berlaku di dataran Fronhof, sebuah dataran pasar yang mana terdapat persembahan muzik secara langsung.
Kerajaan Jerman kini menyasarkan untuk memperketatkan peraturan mengenai penggunaan alatan pisau yang boleh dibawa di tempat awam, dengan mengurangkan ukuran panjang yang dibenarkan.
Jun lalu, seorang anggota polis berusia 29 tahun maut selepas ditikam di bandar Mannheim ketika serangan ke atas demonstrasi sayap kanan.
Sebelum ini, pada 2021, berlaku serangan tikaman di stesen kereta api mengakibatkan beberapa individu cedera.