BTC USD 38,122.6 Gold USD 1,777.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Kuala Terengganu

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
KUALA TERENGGANU: Dua penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan berasingan dalam tempoh 24 jam di sini.

Penunggang motosikal yang terbunuh ialah Mohd Saiful Azhar Wahab, 28, dari Kampung Atas Tol dan Zaid Ngah, 46, dari Kampung Jeram, Tepoh manakala pejalan kaki yang maut ialah seorang wanita warga emas Kalsom Chik, 68, dari Kampung Padang Hiliran, Bukit Kecil.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner (ACP) Zamri Shamsuddin berkata dalam kejadian pertama yang berlaku di Kampung Atas Tol, Mohd Saiful Azhar bertembung dengan sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang kanan jalan, ketika dalam perjalanan ke Kampung Buluh Gading pada kira-kira 9.15 malam.

Beliau berkata Mohd Saiful cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal yang turut terlibat dalam nahas itu cedera ringan.

Zaid pula cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Tuanku Mizan di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal di sini pada 2.45 pagi, dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 10 malam tadi.

Sementara itu, Kalsom meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah van di Jalan Tuanku Mizan pada 8.40 pagi ini.

Ketika kejadian, Zamri berkata mangsa sedang melintas jalan untuk membeli roti di sebuah stesen minyak di seberang jalan berkenaan. - BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register