BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga maut dalam insiden tembakan di Sweden - Polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,221
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,221
Reaction score
1,504
Points
201
Tiga maut dalam insiden tembakan di Sweden - Polis

30 April 2025 08:54am

LONDON - Polis mengesahkan tiga maut dalam kejadian tembakan di Uppsala, Sweden pada Selasa, manakala suspek masih bebas, menurut laporan media.

Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam SVT, kejadian berlaku di sebuah salun rambut berhampiran Dataran Vaksala, dan pihak berkuasa kini melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu suspek.

SVT melaporkan bahawa suspek melarikan diri dengan menaiki skuter elektrik.

Menteri Perundangan Sweden, Gunnar Strommer menyifatkan insiden itu sebagai "amat serius” dan memaklumkan bahawa kementeriannya kini berhubung rapat dengan pihak polis serta memantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa.

Jurucakap polis, Magnus Klarin berkata pihaknya menerima beberapa laporan mengenai bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.

Saksi memberitahu SVT bahawa lima das tembakan kedengaran, dan orang ramai dilihat melarikan diri ke pelbagai arah.

Pihak berkuasa pengangkutan turut menggantung sementara perkhidmatan kereta api ke dan dari Uppsala susulan kejadian itu.

Pada Februari lalu, 11 orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Orebro - sebuah bandar kira-kira 200 kilometer di barat Stockholm - menyasarkan sebuah pusat pendidikan dewasa. - Bernama

Artikel : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register