BTC USD 62,335.0 Gold USD 1,802.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga maut balik rai 'kebebasan' tamat SPM

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Tiga maut balik rai 'kebebasan' tamat SPM

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
2010/12/08

Kereta dipandu rakan dirempuh ketika cuba buat pusingan U

PETALING JAYA: Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pilu dengan tangisan dan raungan seorang ibu yang memanggil nama anak lelaki tunggalnya sebaik mayatnya dan dua rakan sekolahnya yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan dekat Sunway, awal pagi semalam, tiba untuk pengecaman.

Ibu empat anak itu menyesal kerana tidak menghalang anaknya, Fong Mun Fai, 18, keluar bersama rakannya termasuk seorang wanita yang turut maut, kerana mahu meraikan ‘kebebasan’ tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, ketiga-tiga remaja terbabit yang dalam perjalanan pulang dirempuh sebuah kenderaan dari arah sama ketika cuba membuat pusingan U di lebuh raya berkenaan.

Akibat rempuhan kuat itu, dua mangsa yang duduk di sebelah pemandu dan belakang tercampak kira-kira 20 meter ke laluan bertentangan sebelum salah seorang mangsa digilis sebuah lori.

Lew Yuh Fen, 17, yang berada di sebelah pemandu dan Fong mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala Chong Jin Kong, 17, yang memandu kereta putus kaki kiri dan mati di PPUM kira-kira jam 8 pagi semalam.

Pemandu kereta Proton Waja, Sukvinderjit Singh Juwinder Singh, 27, cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata siasatan polis mendapati, kereta Kancil dipandu Chong itu membuat pusingan U di kawasan larangan secara mengejut sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Waja.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk mengesan sama ada pemandu dan rakannya di bawah pengaruh alkohol selain mendapatkan keterangan daripada pemandu lori.

“Semua mangsa dihantar ke PPUM dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bapa saudara Fong yang enggan identitinya dikenali berkata, anak saudaranya yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah kira-kira jam 4 petang semalam sebaik tamat SPM.

“Kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam), Fong menghubungi ibunya memaklumkan akan pulang lewat kerana mahu bersuka ria, namun ibunya tidak melarang kerana faham anaknya mahu menghilangkan tekanan selepas bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran selama ini,” katanya.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), kami sekeluarga dimaklumkan oleh rakan-rakan Fong bahawa dia mati akibat terbabit dalam nahas jalan raya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat PPUM.

Sumber
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
sendiri cari nahas..
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
malang tak berbau.sentiasa hati hati.org skang ni ramai tak ati ati.yang jadi mangsa?!!!
 

akanopiat

Permanently Banned -, Spamming in Private Message
Joined
Jan 1, 2009
Messages
1,677
Reaction score
64
Points
30
driving failure... tata
 

seghi

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2010
Messages
693
Reaction score
2
Points
15
Xsempat gak msuk U...
Sempat masuk kubur dlu...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register