TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 402,058
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 402,058
- Reaction score
- 27,660
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Tiga lelaki termasuk remaja didakwa lakukan pemerasan
30 Januari 2023 11:14amTiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Bahau atas pertuduhan melakukan pemerasan.
JEMPOL - Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, pada Isnin atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.
Ketiga-tiga mereka Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28, dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki berusia 24 tahun untuk menyerahkan wang sebanyak RM14,000.
Perbuatan itu dilakukan sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, jam 1 pagi pada 23 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Majistret kemudian membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM11,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun diikat jamin RM4,000, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan pada 3 Mac depan bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan peniaga sama.
Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga dipukul dengan batang cangkul,penyapu dan getah paip selepas didakwa melakukan hubungan sulit dengan isteri orang.
Selain dipukul, wang milik peniaga berkenaan turut dikebas.

Tiga lelaki termasuk remaja didakwa lakukan pemerasan
JEMPOL - Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, pada Isnin atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu...

Tiga lelaki didakwa cederakan peniaga
30 Januari 2023 01:49pm
![]()
Laporan Sinar Harian pada Isnin berhubung kes pemerasan sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada hari sama.
KUALA PILAH - Tiga lelaki termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.
Ketiga-tiga mereka Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28, dan seorang pelajar berusia 17 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma ismail.
Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama pada 23 Januari lepas jam lebih kurang 1 pagi di sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, Jempol dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun menggunakan sebatang kayu penyapu, cangkul dan getah paip.
Disebabkan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Hakim kemudian membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM6,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun diikat jamin sebanyak RM2,000, masing-masing dengan seorang penjamin.
Semua jaminan itu dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati saksi-saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan pada 6 Mac depan bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret Bahau atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga sama dan tidak mengaku bersalah.
![]()
Tiga lelaki didakwa cederakan peniaga
KUALA PILAH - Tiga lelaki termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang peniaga...www.sinarharian.com.my