BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga lelaki edar air ketum dalam ladang felda ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Tiga lelaki edar air ketum dalam ladang ditahan

15 November 2024
Tanah Merah– Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum di Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

PGA dalam kenyataan berkata, menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan masing-masing berusia 27, 37 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan menemui 28 bungkus air ketum di sekitar kawasan ladang tersebut.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM840.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke BSJD Tanah Merah untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register