BTC USD 96,894.0 Gold USD 2,935.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,652
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,652
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau

Bernama
November 25, 2024 17:00 MYT

Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga China bersenjatakan sebilah pisau, dua minggu lepas.

N. Tamilselvan, 33, S. Krishnna, 24, dan Muhamad Hafizam Shahadan, 23, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Zhad Wenzhuang dengan merompak dua jenis AirPod berjenama Samsung dan Apple serta dua telefon bimbit berjenama Samsung dan iPhone 15 Pro di hadapan Lorong Petron, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini pada 11 pagi, 11 Nov lepas.


Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin namun jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Peguam AP Chandra yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan kesemua anak guamnya tidak bekerja.

Hakim Egusra Ali membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 24 Dis ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau
#rompak guna pisau #kes mahkamah #lelaki tempatan #warga china
Newsletter Image
 
Back
Top
Log in Register