Tiga koperasi digantung kerana jalankan skim cepat kaya 17/12/2008 3:33pm

CG Sponsors




irkuhs Liamsi

Fun Poster
Joined
Dec 16, 2008
Messages
210
Reaction score
5
Points
15
Tiga koperasi digantung kerana jalankan skim cepat kaya
17/12/2008 3:33pm

PUTRAJAYA 17 Dis. — Tiga buah koperasi, dua daripadanya berpangkalan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kelantan, diserbu semalam kerana dikenal pasti menjalankan aktiviti pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, koperasi tersebut adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa), Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) itu, katanya didapati jumlah pelaburan bagi ketiga-tiga koperasi itu dianggarkan bernilai RM80 juta dengan kira-kira 5,000 keanggotaan.

“Koperasi-koperasi ini telah menjalankan skim pelaburan yang dikenali dengan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus sebulan.

“Mereka juga menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur menyertai skim ini, termasuklah mendakwa melaksanakan projek-projek seperti pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyempurnaan kerjasama antara MECD dengan Kementerian Pengajian Tinggi, di sini hari ini.

Noh berkata, tindakan koperasi mengutip pelaburan bercirikan skim cepat kaya adalah satu kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993, justeru ketiga-tiga koperasi tersebut digantung daripada sebarang aktiviti manakala akaunnya dibekukan untuk siasatan lanjut.

“Jika ada kes maka mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana koperasi yang menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tetap yang tinggi dan tidak munasabah.

Orang awam yang mempunyai keraguan dinasihatkan supaya menghubungi SKM di talian 03-2093 5098 sambungan 5805/5828 untuk mendapatkan penjelasan lanjut, katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
mmmm...mcm2...good info
 

wazri75

Active Member
Joined
Jul 8, 2007
Messages
1,948
Reaction score
5
Points
25
inilah malaysia tercinta....tanam ubi je tak salah....
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
hehe yer la bro...
byk b'sabar...dah join koperasi pun kena gak...
sbb org atas koperasi yg buat dajal...
apa nak buat dah bukan rezeki...RM10K ku...huhu..:D
buat real bisnes la pasnih....
kalau masih ada rezeki dari Allah...:)
 

MrMama

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
nak cari duit lebih sket pn susah:(:)((
 

vardenq

Banned
Joined
Jul 25, 2008
Messages
1,503
Reaction score
18
Points
25
kt malaysia ni sumer investment pon takleh...yer la diorang nk jaga diorang punyer ASB ngan unitrust...klu tak lingkup a asb...yg terang2 investment cepat kaya yg goment bolehkan kt msia ni tu haa...rumah kuning,rumah merah...no ekor...itulah goment ku....
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
nak cari duit lebih sket pn susah:(:)((
sebenarnya landasan kita dah betui...
tapi org melayu kita gak yg aniaya...
takperla biarlah BNM dgn SKM siasat dulu...
aku rasa kalau ada rezeki leh dpt balik duit yg kita labur tu...
cuma aku tak harap sgt dah sbb BNM kaki sapu duit wo0o...
mana pernah pulang balik...huhu...
lepas ke mana? biarlah BNM jawab nanti...:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register