'Tiga kali polis tumbuk muka saya'

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
'Tiga kali polis tumbuk muka saya'
Kuala Lumpur: "Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam," kata Muhammad Farhan Awang Kafli, 30.

Muhammad Farhan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya (SJR).

"Saya memang akui bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi saya berhenti apabila ditahan.

"Ketika ditahan itu anggota polis berkenaan sudah menumbuk saya sebanyak dua kali, kemudian dia datang lagi merampas kunci motor dan mendakwa saya melanggar kakinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketika cuba menjelaskan keadaan dia kemudian ditumbuk sekali lagi dan dilemparkan kata-kata kesat.

"Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima.

"Saya sudah cuba menjelaskan bahawa saya tidak melanggar kaki dia, namun dia tidak boleh terima dan menumbuk saya," katanya.

Katanya, dia dan isteri kini sedang membuat laporan polis berhubung kejadian.

"Saya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan kerana tindakan anggota polis itu tidak boleh diterima.

"Sekali lagi saya mengaku saya melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu," katanya.

Terdahulu, anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini, membuat laporan menafikan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu SJR dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi tadi.

Satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan tular di media sosial, hari ini.

Berita berkaitan

Nafi tumbuk penunggang motosikal namun siasatan tetap dijalankan [METROTV]
 
Sponsored Post

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,639
Reaction score
108
Points
43
kalau polis tahan kenapa tak nak berhenti? pastu tak ngaku langgar kaki polis.. dah panik mana nampak apa yg di langgar..
kalau mati polis tue sapa nak tangguung keluarga polis tue...

orang biasa kalau kena langgar pun mengamuk, maybe hancur moto kena balun...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
Roadblock pastu lari.. krne tangkap play victim.. payah
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,271
Reaction score
2,385
Points
206
kebodohan sendiri.
rekod kesalahan pun bukan sikit, 58 tu.
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,113
Reaction score
625
Points
81
Vangang mamat ni bila lari dr sekatan jalan raya.
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,737
Reaction score
713
Points
81
jgn bekap sgt bro org yg lari dr rodblock ni ..merbahayakan pengguna jalan raya lain..
Pesalah boleh tangkap dan reman ...... Tumbuk dah kes lain bro ..... Tambah tengah pakai uniform ....

Awek pakai uniform menari tik tok pun kena inikan pula tumbuk
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,442
Reaction score
268
Points
96
jgn bekap sgt bro org yg lari dr rodblock ni ..merbahayakan pengguna jalan raya lain..
Adaker ayat saya mcm bekap?saya cuma ckp 2 2 salah,yg sorg g lari rodblok,yg polis plk g pukul tu dah kira salah jgk.
So katsini kira DUA DUA salah..pahamkan betol2 ayat saya tu yer.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register