BTC USD 26,781.8 Gold USD 1,961.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Individu Di Tahan Curi, Ceroboh Rumah Kerabat Di Raja Johor

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
23.12.2022 - Kuala Lumpur, Dua remaja antara tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri dan menceroboh kediaman milik kerabat diraja Johor, di Johor Bahru semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru ACP Raub Selamat berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 16, 19 dan 47 tahun itu ditahan pada 11.40 pagi di lokasi kejadian susulan laporan mengenainya dibuat pada 10 pagi. Bagaimanapun, dia berkata dua individu berjaya melarikan diri dan polis sedang berusaha mengesan mereka.

“Polis turut merampas dua kereta, satu unit mesin gergaji, empat helai sarung tangan kain, tiga telefon bimbit pelbagai jenama, satu kunci kereta dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM150. Hasil semakan dan saringan air kencing terhadap ketiga-tiga individu itu mendapati mereka tiada rekod jenayah selain negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.​

1671795172325.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Tiada Rekod Jenayah, 3 Di Tahan Kes Pecah Rumah Kerabat Di Raja Johor, 2 Lagi Di Buru

23.12.2022 - Kuala Lumpur, Polis menahan tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian pecah rumah milik kerabat diraja di Johor Bahru dekat Johor pada Khamis. Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga supek ditahan di rumah milik kerabat diraja Johor pada 11.40 pagi Khamis.

“Ketiga-tiga mereka ditangkap ketika cuba memecah masuk ke dalam rumah milik kerabat diraja berkenaan selepas penggera rumah berkenaan berbunyi. Dua lagi daripada perompak berkenaan berjaya melarikan diri. Kami juga berjaya merampas dua kenderaan, satu gergaji rantai, empat sarung tangan, tiga telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM150,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Raub lagi, pemeriksaan latar belakang mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

“Kami sedang memburu dua lagi suspek dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022...ecah-rumah-kerabat-diraja-johor-2-lagi-diburu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register