Tiga ditahan miliki pistol tiruan, kad kuasa polis

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU: Polis menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri yang memiliki pistol tiruan jenis Pietro Beretta dan salinan kad kuasa polis di sebuah rumah di Taman Mutiara di sini malam tadi.

Mereka disiasat atas kesalahan cuba menyamar sebagai angota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ketiga-tiga mereka ditahan pada 11.20 malam dalam operasi mencegah jenayah di kawasan perumahan tersebut.

"Kedua-dua lelaki ini mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pengangkutan Jalan.

"Suspek pertama yang ditahan berumur 49 tahun, iaitu suami kepada wanita yang turut ditahan tersebut. Dia memiliki salinan kad kuasa polis.

"Suspek berkenaan sebelum ini mempunyai rekod jenayah di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pengangkutan Jalan," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Sri Berlian di sini, hari ini.

Mazlan berkata, salinan asal kad kuasa polis itu didapati adalah milik seorang anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kota Baharu dan anggota itu juga didapati positif dadah.

Beliau berkata seorang lagi lelaki yang ditahan berusia 39 tahun yang turut mempunyai dua rekod jenayah lalu, iaitu berkaitan Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata wanita terbabit yang berumur 36 tahun masih dalam siasatan lanjut polis. - Bernama
 
Sponsored Post

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
Insentif RM2,000 setiap bulan sepanjang hayat untuk qari, qariah

PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada setiap qari dan qariah yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.

Menurut Perdana Menteri, bayaran imbuhan itu akan diberikan mulai Oktober tahun lalu sehingga ke akhir hayat mereka.

Beliau juga membawa khabar baik kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah agama (SMA).

Katanya, kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. mulai tahun ini pelajar-pelajar cemerlang lepasan SMA untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. – Utusan
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
nampak gaya pr perlu beri lebih kepada johan dari negeri mereka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register