BTC USD 39,011.4 Gold USD 1,813.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga bersaudara dakwa rakan paksa seks oral

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,452
Reaction score
2,133
Points
206
BATU PAHAT: Tiga kanak-kanak bersaudara berusia lima dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral dan diliwat empat rakan sepermainan mereka berusia sembilan hingga 12 tahun di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana di sini, Selasa lalu.

Empat kanak-kanak dikatakan turut mengugut akan memukul tiga sepupu itu sekiranya mereka memberitahu kejadian berkenaan kepada orang lain.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila abang salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun terlihat kejadian berkenaan, sebelum memaklumkan kepada neneknya.

Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main 'romen-romen dan jolok-jolok' di dalam rumah contoh berkenaan.

Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.

"Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main 'romen-romen dan jolok-jolok.

"Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.

"Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.

"Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.

Kelmarin, Min sekali ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis.
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,452
Reaction score
2,133
Points
206
speechless aku baca berita nih
 

wapancho

Fun Poster
Joined
Feb 13, 2008
Messages
788
Reaction score
1
Points
15
yang buat ini anak setan...tanam hidup2...dah besar nanti jadi bapak segala setan..
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
terkesima aku mbacanya
 

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
adehh..apa la nak jadi...

ini la dia bila agama di tolak ke tepi.. :(

takut aku wei..dah la aku ada 8 orang anak saudara perempuan.. :(
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
teruknye zaman skrg ni,kanak2 dah pandai
 

Jaynazrin

Active Member
Joined
Jul 30, 2008
Messages
1,470
Reaction score
2
Points
25
rosak betul bebudak zaman skrg... apa nak jadi dgn dunia ni hish
 

matkul

Banned
Joined
Jul 30, 2010
Messages
486
Reaction score
0
Points
10
komuniti kita dah dalam keadaan nazak...banyak lagi kes macam tu aku rasa.
 

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
gila la!! budak lagi tu. dah pandai buat benda tak senonoh macam ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register