Tiga (3) Produk Energy Candy Di Haramkan, Ada Ubat Terkawal Mati Pucuk

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
17.02.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa produk Energy Candy mengandungi bahan terlarang, tadalafil yang merupakan ubat terkawal digunakan bagi merawat masalah mati pucuk.

Menurut Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah, perkara itu disahkan selepas KKM menjalankan pemantauan ke atas produk itu susulan tular di media sosial bahawa terdapat bahan terlarang penggunaannya, di bawah Akta Makanan 1983.

“Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah erectile dysfunction (mati pucuk).

“Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.

“Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

KKM melarang import yang dikeluarkan serta merta dan memberi amaran mana-mana pihak yang menyimpan stok produk terlarang itu, supaya tiada aktiviti pengedaran atau jualannya.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut. Sekiranya telah membeli, tidak memakannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511115
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,838
Reaction score
99
Points
40


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk ‘Energy Candy’ yang tular di laman sosial, baru-baru ini mengandungi racun berjadual tadalafil yang digunakan untuk pesakit mati pucuk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan daripada penularan produk berkenaan di laman sosial, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) diarah menjalankan pemantauan.

Beliau berkata, hasil analisis makmal, produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun berjadual dan dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Menurutnya, antara produk lain terbabit adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

“Tadalafil sejenis ubat terkawal digunakan untuk merawat pesakit mengalami masalah mati pucuk dan ia hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.

“Penyalahgunaan racun berjadual tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan serta pendengaran selain penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,”
katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, tular di laman sosial remaja lelaki di Dungun, Terengganu yang dikatakan mengalami komplikasi kesihatan seperti sawan sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dipercayai memakan produk berkenaan untuk kejohanan merentas desa di sekolahnya.

Beliau berkata, KKM sudah mengeluarkan larangan pengimportan dan memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk itu agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan atas talian.

Katanya, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983 yang jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli produk berkenaan dan jika sudah dibeli, jangan memakannya selain mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 12:50 PM

 

cyber99

Fun Poster
Joined
Mar 5, 2011
Messages
811
Reaction score
88
Points
30
KKM keluar amaran pengambilan Energy Candy mengandungi ubat mati pucuk
Astro Awani |
Diterbitkan pada
Februari 17, 2020 12:48 MYT

Facebook Twitter Email

KKM keluar amaran pengambilan Energy Candy mengandungi ubat mati pucuk

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata pihaknya telah dimaklumkan berhubung produk Energy Candy yang didakwa mengandungi bahan terlarang yang tular di media sosial.

Susulan itu KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan ke atas produk terbabit dan hasil analisis makmal ke atas produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun berjadual tadalafil.

Bahan itu telah dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.


Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah Erectile Dysfunction (mati pucuk). Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatanberdaftar.

"Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” menurut kenyataan itu hari ini.

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy. - Sumber KKM

Produk yang terlibat adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy. - Sumber KKM


Sehubungan itu larangan pengimportan telah dikeluarkan serta merta dan KKM memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan atas talian.

Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut.

"Sekiranya telah membeli, tidak memakannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidak selesaan atau kesan advers.

"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat," menurut kenyataan tu lagi.

Mereka juga boleh menghubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan(BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,236
Reaction score
1,464
Points
201
maka keluarlah cite Kerajaan nak tikam melayu sebab larang jual produk....
 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,148
Reaction score
93
Points
35
produk2 mengarut ni satu hal, ubat dari farmasi sendiri pun satu hal jugak, hari tu dengar ada ubat darah tinggi boleh menyebabkan kanser, baru2 ni dengar ubat gastrik pulak kena tarik balik sebab boleh menyebabkan kanser, gila2.
 

console

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2012
Messages
376
Reaction score
10
Points
15
Bdk2 pun makan candy nih...mampusla....keras cokeng la budak2
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,838
Reaction score
99
Points
40
tu la, anak ade mkn sbb kwn bg katanya. kt kampong² pn ade jual, bdk² bli je le ingt gula² biasa.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,248
Reaction score
1,673
Points
206
Ubat berjadual pun dia bubuh dalam tu.
Lepastu jual kat budak2.

Untung ke?
 

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,141
Reaction score
69
Points
40
budak xboleh makan, lain kali repacking hanya untuk yg dewasa saje atau mati pucuk.
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
17,101
Reaction score
1,257
Points
206
Dgn mkn ubat ni ekau dapek kekerasan tanpa batasan,
Lepas tu dapek mati copek tanpa persiapan bekalan

Ekekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register