Tiga (3) Lelaki Di Tahan, Geng Ah Fong Tumpas

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,393
Reaction score
2,005
Points
176
20.10.2019 - Kuching, Polis Sarawak berjaya menumpaskan ‘Geng Ah Fong’ yang disyaki terlibat dengan 40 kes pecah rumah dan 30 kes kecurian kenderaan di sekitar daerah Kuching, Padawan dan Kota Samarahan, susulan penahanan tiga lelaki Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Chen Bong Fong atau Ah Fong, bersama dua anggota kumpulan berkenaan ditahan sekitar sini dalam operasi bersepadu yang dilancarkan awal minggu ini.

“Semua anggota kumpulan ini merupakan penjenayah tegar, penagih dadah selain terlibat dengan kegiatan menyeludup kereta curi ke negara jiran (Indonesia),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 40 tahun disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, dan menurutnya sepanjang operasi itu juga, polis turut merampas tujuh kenderaan serta beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri.

Awang Din berkata sepanjang tahun ini sehingga 16 Okt lepas, indeks jenayah di daerah Kuching mencatatkan 1,033 kes, jumlah yang menampakkan penurunan berbanding 1,049 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/10/19/tiga-lelaki-ditahan-geng-ah-fong-tumpas/
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,583
Reaction score
159
Points
78
Terbaik PDRM ..nama geng ni polis yg bagi atau mmg penyamun ni yg gelarkan nama geng dia.
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,393
Reaction score
2,005
Points
176
Terbaik PDRM ..nama geng ni polis yg bagi atau mmg penyamun ni yg gelarkan nama geng dia.
gelaran dari nama ketua kumpulan "dikenali sebagai Chen Bong Fong atau Ah Fong"

seperti Botak Chin (Boh Tak Chin) China yang tiada pekerjaan
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,916
Reaction score
317
Points
81
Cina pun dah layan jugak pecah rumah orang sekarang.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register