Tiga (3) Hotel Gulung Tikar Sebab Covid-19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,410
Points
236
16.07.2020 - Kuala Lumpur, Tiga hotel di negeri ini terpaksa menghentikan operasi kerana terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah Covid-19.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian berkata dua hotel lagi yang berdepan isu sama ditutup sementara sehingga hujung tahun ini.

“Sebahagian besar industri pelancongan terpaksa menutup operasi sepanjang PKP sekali gus memberi kesan kepada pendapatan penggiat industri,” katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Loy Sian berkata kajian Tourism Selangor mendapati lebih 50 peratus responden terpaksa menutup operasi kerana perhotelan bukan perniagaan penting semasa PKP.

“Hal ini secara kasar mengakibatkan banyak penggiat industri pelancongan terpaksa menghentikan operasi dan mungkin muflis,” katanya.

PSX_20200318_133326-960x640.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/tiga-hotel-gulung-tikar-sebab-covid-19/
 
Top
Log in Register