BTC USD 57,653.2 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidur lokap sebab mulut celupar

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SHAH ALAM - Keseronokan seorang remaja bersama beberapa rakannya berseronok pada malam minggu di sekitar Bandar Anggerik di sini awal pagi semalam berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia terpaksa tidur dalam lokap.

Kisah malangnya bermula apabila remaja itu menghamburkan kata-kata kesat kepada polis yang menahannya dalam sekatan jalan Ops Cegah Lumba Haram di Dataran Shah Alam di sini pada pukul 4 pagi semalam.

Remaja berusia 18 tahun itu bertindak demikian selepas dia tidak puas hati dengan tindakan polis yang menyamannya kerana dia tidak memiliki lesen memandu.

Semasa polis menulis kertas saman itulah, remaja itu mula mempertikaikan dan membantah tugas polis termasuk mengeluarkan kata-kata kesat.

Penguasa Trafik Selangor, Asisten Suprintendan Hambazi Abdul Rahman berkata, ekoran tindakan remaja yang melampau itu, dia ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan, remaja yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya tersebut boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Hambazi memberitahu, dalam operasi ini juga, ada beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan.

Malah ada segelintir mereka cuba merempuh polis.

Katanya, operasi selama lima jam mulai pukul 1 pagi itu membabitkan dua pegawai dan 40 anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah, Shah Alam dan Majlis Bandar raya Shah Alam.

Sebab Pulut santan binasa
sebab mulut santan, pulut, durian semua binasa

:eek::eek::eek::eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,562
Reaction score
46
Points
30
dah buat salah lagi mau berlagak. padan muko kao... :eek::eek:
 

mr reyes

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2007
Messages
3,253
Reaction score
64
Points
30
kalu mintak maaf lelok kan bagus..
silap2 bole nego lagik....
 

private_eye217

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
2,724
Reaction score
47
Points
30
org kuarang ajar mcm 2lah jadinya.
nak tunjuk lagak..
bajet hebat..
 

nippon_hokage

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2008
Messages
856
Reaction score
3
Points
15
elok jugak le sesekali bertegas....


senario skg ni mcm nak kna simbah air jugak kekadang....bahaya klo geng2 subversive ni dibiarkan


p/s: harap geng2 fulis kurangkan le skit aktiviti mebaling cota ke apa ke...kejo jek sampai dpt....x dpt kejo korang dpt penat...



kekadang mikir2....kesian jugak yg keja polis ni
 

technod

Fun Poster
Joined
Jun 7, 2007
Messages
440
Reaction score
0
Points
10
Sejak bila lesen tak payah ambik? Ambik ko hotel percuma.:)paid
 

apipmeka

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
264
Reaction score
2
Points
15
raso la check in free dalam lokap..haha
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
IKUTKAN LAH LGI DARAH MUDA...kan dh tido lokap!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register