Tidak Tahu 2 Anak Tercampak Dari Kereta

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,376
Reaction score
2,122
Points
226
18.11.2019 - Jawi, “Ya Allah, anak aku.” Itu ungkapan pertama yang terpacul daripada mulut Norseha Abdullah, 44, selepas dua anaknya tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabit kemalangan di Kilometer 155.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Jawi, Sabtu lalu.

Norseha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian, dia memandu Proton Saga FLX dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Lip Sin, Bayan Lepas selepas menziarah saudara di Jawi.

Menurutnya, turut berada dalam kereta tiga anaknya, Nurshakirah Mohd Hashim, 21, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, serta Nurainatasha, 13, dan Muhamad Danial Yasin, 11, yang berada di tempat duduk penumpang belakang.

“Ketika itu, saya berbual dengan anak kedua, Nurshakirah sambil memandu sebelum ternampak bayang-bayang merah yang melintasi bahagian hadapan kereta.

“Selepas itu, saya hanya ingat kereta yang dipandu dirempuh sebelum terbabas ke tepi jalan hingga membuatkan saya terkedu seketika dan tidak dapat berfikir,” katanya yang mempunyai lima anak.

Menurutnya, ketika itu dia masih tidak mengetahui yang anak keempat dan bongsunya tercampak keluar daripada kereta kerana masih dalam keadaan panik.

“Namun, tidak lama selepas itu, saya lihat kedua-dua anak berada di luar kereta dan saya terus keluar untuk melihat keadaan mereka.

“Mereka yang masih terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan saya terus memeluk untuk menenangkan kedua-dua anak,” katanya yang ditemui di rumahnya, hari ini.

Norseha bagaimanapun bersyukur kerana dua anak yang tercampak keluar daripada kereta itu tidak mengalami kecederaan serius.

Namun, apa yang membimbangkannya sehingga kini kedua-dua mereka masih trauma dengan kejadian itu.

“Nurainatasha paling teruk dilanda trauma sehingga dia menjadi mudah terkejut selain tidak banyak bercakap seperti sebelum ini dan saya menghantarnya ke rumah ibu saudaranya di Kuala Lumpur supaya dia dapat melupakan kejadian itu.

“Anak bongsu juga turut trauma sehingga kini namun tidak seteruk dialami kakaknya itu, manakala anak kedua pula mengalami cedera di dada dan lebam badan,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu, Proton Waja merah dipandu seorang wanita warga China berusia 34 tahun hilang kawalan ketika berada di lorong kanan sebelum merempuh kereta dipandu Norseha yang berada di lorong tengah.

Pemandu Proton Waja terbabit mengalami kecederaan di leher dan kaki kiri, manakala dua anak lelaki kembarnya berusia enam tahun yang turut berada di tempat duduk penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu Proton Waja terbabit hilang kawalan bukan kerana tayar keretanya yang pecah dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah mengeluarkan saman POL 257 terhadap pemandu Proton Waja merah berkenaan.

Video kemalangan berdurasi 36 saat yang menunjukkan kedua-dua anak Norseha tercampak keluar melalui pintu kanan bahagian penumpang belakang itu tular di media sosial.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/518334/ya-allah-anak-aku
 
Sponsored Post

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
3,736
Reaction score
322
Points
41
Bnyk sungguh warga China memandu skrg ni....gila sungguh...pati..pati
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,047
Reaction score
2,425
Points
191
ada orang viral video ni dan kaitkan dengan bebudak xpakai carseat..

bila baca besar panjang dah..

carseat apa yang muat tu..

kena pakai seatbelt je laa..
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
12,963
Reaction score
1,006
Points
221
ada orang viral video ni dan kaitkan dengan bebudak xpakai carseat..

bila baca besar panjang dah..

carseat apa yang muat tu..

kena pakai seatbelt je laa..
mungkin dia pikir kepada budak2 yg lebih kecil kalau tak pakai carseat... macam org bawah ko nih hah...ahhaha
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,714
Reaction score
79
Points
40
uish, anak dia tercampak terus bangun gitu. ni mmg trauma tercampak kuar cmni...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
celaka punya cinabeng komunis.
jadi apa2 ke budak melayu tu siaplah kena tutuh nanti.
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,044
Reaction score
497
Points
81
ni sebab kena pakai seatbelt/carseat.

tapi kalo axia cam ambe.. mane celah nak letak 4 car seat ni?
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,218
Reaction score
116
Points
73
Dah sampai masa arak pun kene haramkan psl org skrg bukan kire lepas minum je terus memandu...xde pekdah pon minum air ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register