combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,569
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,569
- Reaction score
- 225
- Points
- 73
Abu Setaman Jusoh, 54, mengaminkan doa semasa pengebumian jenazah anaknya, merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam nahas kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi Isnin, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, hari ini.
Bapa kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), belum mampu untuk melihat video berkaitan nahas itu.
Abu Setaman Jusoh, 54, yang kelihatan tabah sepanjang urusan pengebumian anak keempat daripada enam beradik itu, tidak mahu perkara itu mengganggu emosinya kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.
“Saya sendiri belum lagi menonton rakaman video kemalangan, termasuk detik sebelum bas berkenaan terbalik seperti yang tular di media sosial kerana tidak sampai hati dan hiba,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Gong Duek, di sini
Bekas petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu berkata sebagai ketua keluarga beliau perlu kuat demi isteri dan anak-anak yang lain.
Ditanya sama ada pihak keluarga akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas terbabit, Abu Setaman berkata beliau akan melihat hasil siasatan pihak berkuasa terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Biar pihak berkuasa siasat kes kemalangan itu terlebih dahulu sama ada ia berpunca daripada kecuaian pemandu, masalah teknikal atau masalah lain,” katanya.
Menceritakan peribadi Allahyarhamah Nurul Fatihah, 22, beliau berkata anak perempuannya itu bercita-cita mahu menjadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi.
"Saya nampak memang ada ciri-ciri seorang guru dalam diri dia," katanya.
Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam nahas dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Tidak Sanggup Lihat Video Detik Kemalangan - Bapa Mangsa
Gong Duek, Abu Setaman, siasatan, terkorban,tindak
