BTC USD 22,981.4 Gold USD 1,870.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Tidak mampu bayar bil, Tahfiz Quran al-Bukhari bakal bergelap

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,406
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,406
Reaction score
2,953
Points
266
Awards
1

GELAP.jpg


PARA pelajar di Pusat Tahfiz Quran al-Bukhari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hidup berjimat cermat bagi menempuh musim pandemik. - UTUSAN/TOREK SULONG

  • Oleh TOREK SULONG
  • 26 Ogos 2021, 8:07 pm
PASIR PUTEH: Sebuah pusat tahfiz di sini bakal bergelap kerana bekalan elektrik dipotong dalam masa terdekat kerana gagal menjelaskan tunggakan bil RM2,537 manakala bil air mencecah RM1,087.

Realiti pahit itu dihadapi Pusat Tahfiz Quran al-Bukhari Tok Bali di sini, yang menaungi 25 pelajar dan dua guru, ekoran tabungannya ‘kering’ kesan ketiadaan bantuan dan sumbangan orang ramai sejak pandemik melanda negara.

Mudirnya, Khaharizal Abdullah memberitahu Utusan Malaysia, setakat ini, para pelajar tidak mengeluh walaupun menjalani kehidupan amat sederhana kerana faham pihak pengurusan terpaksa berjimat-cermat supaya institusi dibina sejak 25 tahun itu dapat terus bertahan.

“Soal makan kami boleh tahan dengan cara berpuasa. Namun belum sampai ke tahap ikat perut kerana masih ada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan makanan. Paling tidak, dalam bentuk beras dan gula.

“Untuk lauk pauk kami terpaksa mencari sumber kewangan lain. Sekali sekala, ada nelayan yang bermurah hati sedekahkan ikan segar untuk alas perut anak-anak tahfiz ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain anak tempatan, para pelajar pusat tahfiz tersebut berasal dari Terengganu, Selangor, Melaka, Kemboja dan Vietnam dengan rata-rata mereka mempunyai latar belakang keluarga susah dan sederhana.

Khaharizal berkata, beliau sudah memaklumkan kepada anak-anak tahfiz agar berjimat cermat menggunakan eletrik dan air bagi mengurangkan beban kosnya iaitu sekitar RM700 sebulan untuk elektrik sahaja.

“Sekarang gaji dua guru pun dibayar separuh sahaja iaitu RM750 sebulan. Hendak bayar lebih di luar kemampuan kerana pusat ini tidak mengenakan yuran kepada pelajar, sebaliknya bergantung atas ihsan ibu bapa yang mahu menyumbang mengikut kemampuan.

Seorang pelajar, Mohd. Lut Rosbi, 24, bersyukur dapat belajar secara percuma selama lapan tahun di pusat tahfiz tersebut dan kini dia mampu menghafal 20 juzuk al-Quran selain mendalami pengajian kitab Turath.

“Bukan tidak mahu menyumbang atau membayar yuran, tetapi saya juga anak yatim yang dikekang kemiskinan keluarga. Alhamdulillah saya membesar dengan baik dan terbela di sini,” ujarnya. – UTUSAN ONINE
.
Sumber :
https://www.utusan.com.my/pendidika...r-bil-tahfiz-quran-al-bukhari-bakal-bergelap/


Ingin Menyumbang?

(Akaun semasa MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-BUKHARI)

Maybank :
553083204131

Bank Islam :
03018010101982

Bank Rakyat :
1101174489

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-BUKHARI.
Kota Sri Balqis, Lebuhraya Tok Bali, Semerak. 16700 Pasir Puteh, KELANTAN.

http://maahadtahfizulquranalbukhari.com/

#KempenDermaDenganIkhlas
 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,550
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,550
Reaction score
1,264
Points
206

Pelajar 6 pusat tahfiz di pasir puteh berdepan risiko hilang tempat belajar​


August 27, 2021
tahfiz-696x392.jpg


Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Kerajaan dicadang mewujudkan geran tahunan bagi membantu pusat pengajian tahfiz al-Quran yang berdepan kesukaran meneruskan operasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di Semerak terdapat enam pusat tahfiz yang bergelut dengan masalah tersebut.

Pusat tahfiz tersebut terletak di Kampung Dalam Rhu, Kampung Dalam Rhu, Pak Makyong, Kampung Besar, Kuala Semerak dan Kampung Dalam Huma.
Advertisement

Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, lebih 500 pelajar tahfiz sebahagian besar anak golongan asnaf mungkin hilang tempat belajar sekiranya tiada bantuan daripada mana-mana pihak.

“Ini disebabkan mereka sukar untuk mendapatkan dana bagi keperluan makan minum, bil elektrik dan air,” katanya kepada pemberita selepas melawat Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari di Tok Bali dekat sini, hari ini.

Menurutnya melalui geran bantuan itu dapat meringankan beban pihak pengurusan pusat tersebut memandangkan sebelum ini mereka mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Mudir Maahad Tahfiz Quran Al-Bukhari, Khahairizal Abdullah berkata, pihaknya menanggung bil elektrik dan air tertunggak sejak tiga bulan lepas berjumlah RM3,500.

Bagaimanapun katanya semalam ada pihak tampil menjelaskan bil terbabit selepas ia tersebar di media sosial.

“Kami menjangka pusat tahfiz ini terpaksa ditutup dalam tempoh enam bulan akan datang sekiranya tidak menerima sebarang bantuan dana bagi menampung kos operasi.

“Perbelanjaan makan dan minum pelajar dianggarkan sebanyak RM300 sehari yang melibatkan 25 pelajar,” katanya.

Khahairizal juga berkata, sebelum pelaksanaan PKP seramai 80 pelajar termasuk dari Terengganu, Vietnam, Indonesia dan Kemboja mengikuti pembelajaran secara percuma di pusat itu yang ditubuh pada 1998.

 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,550
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,550
Reaction score
1,264
Points
206

Pusat tahfiz perlu kreatif jana pendapatan sampingan​


01agama_1630461609.jpg

- Gambar hiasan/Muhd Asyraf Sawal

Baru-baru ini, tular mengenai keadaan pusat tahfiz swasta yang berdepan tunggakan pembayaran gaji guru sehingga RM8 juta.

Puncanya, tunggakan pembayaran yuran bulanan oleh ibu bapa sehingga menjejaskan gaji yang sepatutnya dibayar kepada guru tahfiz di Selangor. Walaupun diberi potongan sehingga 60 peratus, ia masih tidak mampu menyelesaikan isu terbabit.

Itu di Selangor. Di Perak pula, hasil kaji selidik Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMANTAP) mendapati 60 pusat tahfiz swasta di negeri berkenaan hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula Mei lalu, diikuti risiko bakal gulung tikar dalam waktu terdekat.

Di Kelantan, menyaksikan Pusat Tahfiz Quran Al-Bukhari tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik dan air masing-masing yang berjumlah RM2,537 dan RM1,087 menyebabkan bekalan utiliti terbabit akan dipotong bila-bila masa.

Disyorkan Untuk Anda

Realitinya, kebergantungan sumber kewangan daripada yuran pelajar, bantuan dana kerajaan dan swasta, sedekah serta wakaf selama ini tidak mencukupi bukan sahaja ketika krisis pandemik melanda, malah membelenggu pusat tahfiz sejak dulu lagi.

Maka, alternatif dan kaedah berkesan perlu difikirkan supaya martabat pendidikan berteraskan al-Quran ini dapat ditingkatkan selari keagungan kalam Allah SWT yang menjadi pedoman umat Islam sejagat.

Tahfizpreneur adalah terminologi gabungan tahfiz dan entrepreneurship yang bermaksud keusahawanan tahfiz. Ia satu alternatif boleh diterapkan bagi menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos operasi pusat tahfiz swasta.

Kajian dilakukan kumpulan penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapati, tahfizpreneur diamalkan pusat tahfiz swasta mampu menampung sehingga 60 peratus kos operasi keseluruhannya, selain sumber pendapatan disebutkan sebelum ini.

Kepelbagaian produk ditawarkan pusat tahfiz swasta seperti daging lembu, kambing, ayam dan itik, akuakultur, sayur-sayuran, minyak masak, kopi dan sebagainya yang menjadi keperluan asas masyarakat, diikuti perkhidmatan vokasional, rawatan Islam, insurans takaful serta perkhidmatan haji dan umrah.

Pusat tahfiz swasta bukan lagi institusi pendidikan agama yang mundur, sebaliknya bersaing dengan institusi pendidikan swasta lain dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam tadbir urus tahfizpreneur.

Namun, kaedah pemasaran pusat tahfiz swasta ini tidak bersepadu. Dengan erti kata lain, platform digunakan berasingan mengikuti pusat tahfiz masing-masing.

Ia menyukarkan pengguna untuk mengakses platform dan memberi kesan terhadap jualan produk dan perkhidmatan tahfizpreneur.

Oleh yang demikian, disarankan supaya diwujudkan satu platform pemasaran bersepadu sebagai 'pusat sehenti' tahfizpreneur bagi memudahkan pelanggan mencapai barangan atau perkhidmatan lebih cepat dan berkesan. Ia tentunya memberi saingan kepada produk sedia ada di pasaran.

Ayuh bersama kita menyokong usaha ini supaya kelangsungan pusat tahfiz swasta dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) untuk melahirkan 125,000 huffaz menjelang 2050.
Penulis adalah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah


 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,550
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,550
Reaction score
1,264
Points
206

Kelantan akan bantu tahfiz terjejas akibat Covid-19​

02 September 2021

1189550.jpg

Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan membantu pusat tahfiz di negeri ini yang terjejas hingga berdepan risiko ‘gulung tikar’ atau terpaksa menutup operasi kerana tidak mampu menampung kos pengurusan kesan pandemik Covid-19.

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya ada menerima surat daripada beberapa pihak pentadbiran pusat tahfiz yang terlibat untuk meminta bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan kini dalam proses meneliti permohonan itu dan bentuk-bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada tahfiz berkenaan.

“Kerajaan ada terima surat daripada beberapa pusat tahfiz yang memohon bantuan, tetapi belum ada laporan tahfiz yang ‘gulung tikar’ di negeri ini.

“Tahfiz yang terjejas, kita akan bantu dan lihat keperluan serta bantuan bersesuaian untuk disalurkan kepada mereka nanti,” katanya kepada Sinar Harian.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register